Kenali Root Android Smartphone

ROOT
Bermaksud membuka pintu sistem operasi / membina jambatan untuk berhubung ke ruangan sistem.

Telefon yg belum root digelar telefon standard. Di mana anda tidak dibenarkan untuk membuang software2 tertentu yg kilang dah letakkan. Kadang2 software tu tak penting dan tidak pun digunakan oleh anda tetapi anda tak boleh nak buang kerana anda tidak mempunyai hak dan kebenaran untuk berbuat demikian.


KENAPA PERLU ROOT
Agar kita mempunyai kuasa sepenuhnya untuk menambah, membuang atau mengubahsuai phone kita.
Jika anda perasan, saiz storage internal anda tidak sama dengan saiz yang ditulis pada kotak ataupun iklan. Contohnya phone tersebut diiklankan dengan saiz internal sebesar 4gb tetapi bila kita tengok baki saiz selepas kita beli, ianya sudah berkurangan bukan? ( iklan tulis 4gb, tp lepas beli, baki cuma ada 2gb ) Ini kerana sebahagian saiz asal tersebut telah digunakan oleh kilang untuk letak sistem operasi dan software mereka. Kadang2 software mereka tu bukan kita guna pun. So mustahil kita boleh buang kesemuanya tanpa root dahulu phone tu. Itulah gunanya root. 

KELEBIHAN ROOT ( perlukan juga ilmu dan kemahiran asas android )
Anda boleh buang software2 dari kilang yang anda xsuka tu dan jimatkan penggunaan ram.
Anda boleh install semua software2 kelengkapan utk kerja2 ubahsuai phone anda.
Anda boleh tukar icon2 atau apa jua perkara yang diperlukan utk mencantikkan rupa sistem phone
Anda boleh menambah prestasi dan membaiki kelemahan2 kecil pada phone anda
Anda boleh buat backup sistem operasi phone anda
Anda boleh flash ( format ) phone anda menggunakan custom rom
Anda mempunyai kuasa penuh terhadap phone anda ( PALING BEST )

KEBURUKAN ROOT
Waranti phone secara automatik akan terbatal
Phone anda akan mengalami masalah sekiranya anda TER buang fail sistem operasi.


ANTARA SOFTWARE POPULAR YG DIGUNAKAN SELEPAS ROOT
SuperSu
Root Explorer
Titanium Backup
Rom Manager
Rom Toolbox
Busybox
AdFree
Battery Saver Greenify
Battery Calibration Stat
Daemon Controller
Font Changer
Xposed ( Gravity Box )
Apps2sd

p/s: Risiko root adalah atas tanggungan sendiri. Admin tidak bertanggungjawab atas segala kerosakan atau/dan kehilangan data2 dari hp peribadi anda.

Sumber: ctscomputer


Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :