Perkara anda perlu tahu jika ingin menjadi agen topup


Percaya atau tidak, 96% daripada mahasiswa dan pelajar sekolah telah memiliki telefon bimbit? Mereka semua mahu topup atau menambah akaun mereka. Ini adalah satu keperluan harian,hatta orang yang bekerja dengan gaji di bawah RM1000 pun,masih memerlukan topup untuk menambahkan akaun mereka supaya mereka boleh menghubungi atau SMS kepada orang lain.


Perniagaan Menjual Topup Tidak Menguntungkan

Saya percaya,anda yang sedang membaca blog ini merasakan bahawa perniagaan menjual topup tidak begitu menguntungkan. Jawapan saya,YA. Penjualan topup tidak begitu menguntungkan. Saya sendiri telah menjual topup dan melihat orang menjual topup. Hanya orang yang menjual di kedai telefon atau runcit sahaja yang mendapat untung tinggi kerana mereka sudah ada pelanggan tetap.

Bagaimana dengan orang-orang macam kita ni? Kita adalah orang biasa. Kita perlu belajar. Kita perlu bekerja. Kerja kita bukan setakat menjual topup. Kita tak mahu untung sikit-sikit dan sen sen sahaja. Jual topup adalah penjualan yang kurang mendapat untung. Bukankah begitu? Ya. Saya sangat-sangat bersetuju.

Tetapi mengapa saya menulis tentang ini? Saya seolah-olah ingin mempromosi jualan topup,tetapi saya katakan bahawa penjualan topup tidak begitu menguntungkan. Habis tu,apa yang saya nak kata?

Percaya atau tidak,sebenarnya anda WAJIB menjadi ejen Topup Handphone untuk memudahkan kerja seharian anda, serta menjimatkan duit.


Menjadi Ejen Topup Telah Menjimatkan Masa Dan Duit Anda.

Kenapa kita sebagai pengguna handphone sudah wajib menjadi ejen Topup Handphone.

1) Kredit handphone anda sudah habis,tetapi semua kedai tutup pada waktu itu. Bagaimana anda mahu topup handphone?
2) Anda mahu topup handphone tetapi perlu menunggu lama kerana memerlukan orang atau kenderaan untuk pergi ke kedai untuk topup handphone. Nak ke tunggu lama-lama?

3) Duit minyak,jalan jam,kedai jauh,kadang-kadang sistem topup di kedai handphone atau kedai runcit tergendala,bagaimana anda sanggup menghadapi semua ini?

4) Tengah-tengah malam ketika tengah bersembang,tiba-tiba kredit habis. Anda nak topup secepat mungkin,tapi tak dapat. Terpaksa guna SOS Topup. Kalau Hotlink,kena tolak 50 sen selepas topup. Nak ke menyusahkan diri untuk berhutang-berhutang ni? Dah tu,kena riba' pula oleh syarikat itu.

5) Sesetengah tempat,kalau kita topup handphone,dia akan menyuruh kita membayar lebih,contohnya sepatutnya topup itu RM5,tetapi kita dipaksa untuk membayar RM5.50,kononnya itu adalah caj perkhidmatan bagi kedai itu. EEEEE,....Kita rugi 50 sen disebabkan kedai-kedai yang tak berhati perut begitu kan?
Sebab itulah saya mengatakan bahawa kita WAJIB menjadi ejen topup kerana ia adalah KEPERLUAN kita untuk memudahkan segala urusan.

Apabila anda menjadi ejen topup,anda boleh topup untuk diri anda sendiri. Tak perlu nak pergi tunggu lama-lama baru boleh topup, tak perlu risau nak cari kedai yang buka tengah-tengah malam,tak perlu pening kepala terpaksa berhutang,tak perlu kena caj lebih dan ditipu oleh pekedai. Hanya dihandphone anda sendiri,anda boleh mendapat topup dengan sekelip mata! Hanya taip:

M5 012-3456789
dan send kepada nombor server

Tidak sampai 10 saat,kredit anda telah bertambah RM10! Mudah tidak? Malah,bukan RM10 yang tertolak, tetapi hanya RM9.70 sahaja. Anda untung 30 sen! Daripada anda rugi 50 sen sebab tertipu oleh pekedai, daripada anda rugi sedikit duit minyak untuk pergi ke kedai topup,atau anda penat sebab kena turun naik untuk topup di kiosk asrama kolej anda,anda dapat topup dengan harga yang sangat murah!


Ejen Topup Handphone Bukan Perniagaan,Tetapi Dengannya Anda Boleh Berniaga

Ini bukan perniagaan. Ini adalah salah satu CARA mudah untuk memudahkan urusan seharian anda. Tidak perlu membuang masa untuk keluar topup. Anda hanya memerlukan 10 saat untuk mendapat topup!

Sekali lagi,saya katakan,sebenarnya sistem ini bukan sistem perniagaan. Ia adalah CARA anda untuk memudahkan urusan seharian.Tetapi,tidak salah anda membuat perniagaan melalui ini. Anda nak berniaga? Bolehh.......

Sekiranya anda menambah modal sebanyak RM97,kemudian anda menjual topup-topup anda kepada orang,anda boleh mendapat pulangan RM100. Maka,anda untung RM3.

Ia bergantung kepada pakej yang ditawarkan. Berikut senaraikan pakej yang telah disediakan,dengan keuntungan dan pulangan yang berbeza-beza: 


Pakej Third Retail (TR)
YURAN PENDAFTARAN RM10
CELCOM 3.0%, MAXIS 2.50%, DIGI 1.50%

Pakej Second Retail (SR)
YURAN PENDAFTARAN RM15
CELCOM 3.25%, MAXIS 2.70%, DIGI 1.60%

Pakej First Retail (FR)
Yuran pendaftaran RM 29
CELCOM 3.50 %, MAXIS 2.80%, DIGI 1.70%

Pakej Retail (R)
Yuran Pendaftaran RM 50
CELCOM 3.75 %, MAXIS 2.90%, DIGI 1.80%

Pakej Agent (A)
Yuran pendaftaran RM65
CELCOM 4.00%, MAXIS 3.00%, DIGI 1.90%

Pakej Dealer (D)
Yuran pendaftaran RM80
CELCOM 4.25%, MAXIS 3.10%,DIGI 2.00%

Jika dilihatkan,sebenarnya yuran pendaftaran ini berbaloi kerana semakin tinggi yuran pendaftaran,semakin tinggi keuntungan yang bakal anda dapat. Jika anda tidak begitu faham dengan peratus(%) yang saya berikan,saya akan tunjukkan contohnya:

Anda adalah seorang Dealer(D) . Ada seorang rakan anda mahu topup daripada anda. Dia mahu topup Celcom dengan harga RM10. Sekiranya kita rujuk kepada pakej Dealer(D), keuntungan untuk Celcom adalah 4.25%. Maka,sekiranya anda topup untuknya,modal yang ditolak daripada akaun modal anda hanyalah RM9.57. Anda untung dalam lebih kurang 40 sen! Itu baru sekali. Kalau 10 kali topup sebegitu, anda boleh untung dalam RM4. Kalau 100 kali,anda boleh untung RM40.


Tetapi untung tidak begitu banyak. Bukan begitu?

Ya,secara jujurnya,kita tidak boleh hanya fokus kepada satu keuntungan kecil ini sahaja. Penat-penat kita,tiba-tiba dapat untung 40 sen sahaja. Tak berbaloi! Lebih baik kerja di McD atau KFC. Sejam boleh dapat RM4. Sebulan boleh dapat RM1200. Penjualan topup handphone mengarut! Tak bawa untung banyak.

Kalau nak berniaga pun,hanya kecil kecilan sahaja. Maka,kita boleh buat kesimpulan bahawa perniagaan menjual topup untungnya sedikit tetapi memberikan kesenangan kepada kita semua,serta kawan-kawan kita. Tambahan pula,adalah sedikit keuntungan yang kita boleh dapat.

Tetapi,ada satu perkara menarik yang saya ingin bawakan kepada anda,keuntungan yang berkali-kali-kali-kali ganda yang boleh anda dapat melalui Topup Handphone.

Seperti yang saya katakan tadi,sebenarnya menjadi Ejen Topup Handphone adalah WAJIB kerana ia memudahkan anda untuk menjalani urusan seharian. Tetapi ramai yang tidak sedar akan hal ini. Ramai yang ingat bahawa menjual topup handphone rugi dan tidak menguntungkan,padahal ejen topup handphone tidak perlu menjual topup. Tetapi lebih baik menggunakannya sendiri untuk memudahkan segala urusan.

Oleh itu,saya memberitahu kepada anda,selain menjana wang daripada seciput keuntungan menjual topup,anda juga boleh menjana wang dengan mengajak kawan-kawan anda menjadi Ejen Topup Handphone.

"Eh...Buat apa aku jual topup handphone. Tak bawa untung! Diorang semua penipu!" Kata seseorang,dan ini merupakan kata-kata yang biasa diucapkan oleh orang yang tidak tahu tentang kebaikan menjadi Ejen Topup Handphone.

Katakan padanya bahawa menjadi Ejen Topup Handphone, kebaikannya untuk diri sendiri kerana ianya memudahkan urusan topup lalu akan menjadikan urusan harian kita lebih mudah dan anda akan mendapat harga topup dengan sangat murah!

Apabila anda mengajak orang lain untuk menjadi ejen, anda akan mendapat komisen daripada hasil yuran pendaftaran itu! Hasil komisen adalah berbeza-beza mengikut pakej:

Bukan Ahli: 10% seorang ejen

Third Retail(TR): 20% seorang ejen
Second Retail (SR): 20% seorang ejen
First Retail (FR): 20% seorang ejen

Retail (R): 30% seorang ejen
Agent (A): 30% seorang ejen

Dealer(D): 35% seorang ejen

Sekiranya anda tidak faham,saya akan menerangkan bagaimana kiraannya:

Anda adalah seorang Dealer(D),maka komisen yang anda akan dapat adalah 35% setiap seorang ejen yang anda dapat. Seorang rakan anda juga mahu menjadi seorang Dealer(D). Lalu anda menelefon@SMS kepada (contoh: saya) bahawa rakan anda mahu menjadi seorang Dealer(D). Saya akan menghubungi rakan anda itu dan setelah selesai urusan pembayaran dan pendaftaran, saya akan terus memasukkan duit ke dalam akaun anda atau membayar tunai terus kepada anda.

Jumlah yang kawan anda bayar kepada saya adalah RM80. Maka anda akan dibayar 35% daripadanya iaitu RM28!

Bayangkan,hanya seorang sahaja anda telah mendapat RM28. Kalau anda berjaya mengumpulkan 5 orang seminggu,atau 20 orang sebulan? Anda akan mendapat RM2800 sebulan!

Notis: Nilai keuntungan yang dinyatakan disini mungkin berbeza. Sila rujuk pengedar-pengedar yang sah untuk angka sebenar

Berita mengenai peningkatan jumpah pengguna sms di Malaysia:laysia


Pengguna telefon bimbit di negara ini membelanjakan lebih RM17 juta sehari untuk menghantar sekurang-kurangnya empat khidmat pesanan ringkas (SMS) seorang bagi pelbagai tujuan, termasuk melanggan dan memuat turun nada dering. Kajian yang dijalankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dari 2002 hingga sekarang mendapati secara keseluruhan penggunaan SMS menunjukkan peningkatan jumlah SMS iaitu dua hingga tiga bilion setiap tahun. Angka perbelanjaan dan jumlah SMS itu diperoleh daripada anggaran 21.5 juta individu yang menggunakan telefon bimbit di negara ini. Secara purata seorang pengguna telefon bimbit akan menghantar lebih empat SMS sehari dan jika dihitung dengan jumlah keseluruhan pengguna telefon bimbit di negara ini, ia mencatatkan 86 juta SMS. Caj perkhidmatan yang dikenakan syarikat telekomunikasi tempatan lebih murah dan praktikal berbanding panggilan biasa, sekali gus menarik lebih ramai pengguna memilih menggunakan SMS. Pada masa sama, caj melanggan dan memuat turun nada dering serta ‘wallpaper’ antara 50 sen hingga RM5 turut meningkatkan lagi kadar perbelanjaan pengguna telefon bimbit. SKMM mengingatkan pengguna agar perlu peka dalam penggunaan SMS, termasuk mengelak daripada pembaziran sehingga mendedahkan mereka kepada risiko ditipu - SKMM
Share on Google Plus

About Rakan Siber

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :