
1G ( Generasi Pertama )
1G merupakan singkatan kepada generasi pertama. Telefon bimbit bermula dengan sistem secara selular yang hanya berupaya memindahkan suara seseorang pemanggil dari satu telefon ke satu telefon lain.
Konsep telefon selular bermula pada 1947, apabila penyelidik memerhatikan untuk mencipta telefon kereta. Bagaimanapun tiada teknik yang sepatutnya dapat digunakan ketika itu.
Konsep telefon selular bermula pada 1947, apabila penyelidik memerhatikan untuk mencipta telefon kereta. Bagaimanapun tiada teknik yang sepatutnya dapat digunakan ketika itu.

Sistem 1G pertama yang dikenal pasti, beroperasi di Amerika Syarikat (AS) iaitu pada 1978 dengan tahap keupayaan 30 kilohertz (kHz), namun dikatakan kurang berkesan dari segi keperluan radio spektrum dan hanya menempatkan beberapa panggilan terhad dalam satu-satu masa.
Manakala NMT 450 atau Nordic Mobile Telephone System yang menggunakan gelombang 450 MHz, adalah sistem saluran telefon selular secara komersial di Eropah sekitar 1981. Diikuti pula United Kingdom yang mula memperkenalkan sistem TACS atau Total Access Communication System.
2G (Generasi Kedua )
2G ialah singkatan untuk "teknologi telefon wayarles generasi kedua". Perbezaan utamanya dengan sistem-sistem telefon bimbit yang dahulu (kini digelar 1G) adalah bahawa 2G mempergunakan isyarat digital manakala 1G menggunakan isyarat analog. Perkhidmatan 2G seringnya dirujuk sebagai Perkhidmatan Komunikasi Peribadi (PCS: Personal Communications Service) di Amerika Syarikat.
3G (Generasi Ketiga)

Ia merupakan teknologi rangkaian telekomunikasi tanpa wayar yang membolehkan video, audio, dan data dihantar lebih cepat menerusi satu rangkaian jalur lebar tanpa wayar dari telefon bimbit ke komputer peribadi, termasuklah komputer riba. Selain itu, pengguna juga dapat memuat turun lagu dan video pada kadar sepuluh kali ganda lebih pantas daripada teknologi 2G. Sebaliknya, rangkaian IEEE 802.11 merupakan rangkaian julat dekat dan lebar jalur tinggi yang dibangunkan, terutamanya untuk data.
Dilancarkan lebih dahulu di Jepun dan Korea Selatan, lebih daripada 50% pelanggan telefon bimbit di kedua-dua negara itu menggunakan 3G. Bagaimanapun, antara 3 bilion langganan telefon bimbit di seluruh dunia, hanya 6.7% menggunakan 3G. Menurut Persatuan Pembekal Telefon Bimbit Sejagat, 100 buah rangkaian 3G telah beroperasi di 40 buah negara, menjelang akhir tahun 2005.
Di Malaysia, syarikat Ericsson Malaysia merupakan syarikat yang pertama membawa konsep 3G ini. Demonstrasi 3G tersebut yang dilakukannya pada tahun 1998 menunjukkan pelbagai fungsi 3G, dan van 3G digunakan sebagai langkah untuk mempromosikan teknologi ini.
4G (Generasi Keempat)
Secara asasnya merupakan singkatan bagi “4th Generation” ataupun “Generasi Ke-empat”, yang mana memperlihatkan kepada evolusi ke generasi ke-empat dalam komunikasi mudah-alih.
Daripada apa yang terdapat pada hari ini, ia diperkatakan ramai, teknologi masih tidak dapat mengecapinya, membuatkan ramai menggunakan terma LTE (Long Term Evolution), yang mana menandakan LTE sebagai permulaan pertama, dan bakal berevolusi kepada 4G dalam suatu tempoh masa.
Dari tetapan standard kelajuan oleh International Telecommunication Union, ia menetapkan 4G dengan kebolehan mencapai tahap penghantaran dan penerimaan data pada kadar kelajuan 100 megabit sesaat (untuk yang bergerak) dan 1 gigabit sesaat (untuk yang tidak bergerak), dan turut dipanggil sebagai akses mobile ultra-broadband.
Dengan kadar kelajuan yang diperkatakan ini, ia semestinya berkali ganda lebih pantas berbanding teknologi rangkaian 3G yang digunakan pada hari ini.
4G merupakan teknologi selular generasi keempat yang menggunakan teknologi Evolusi Jangka Panjang (LTE). Kelajuan teknologi LTE boleh mencapai sehingga 100Mbps. Teknologi yang digunakan oleh LTE adalah OFDMA (Orthogonal Frequency Division Multiple Access).
LTE merupakan evolusi dari HSPA+. Selain kelajuan yang tinggi, teknologi tersebut dapat menampung lebih ramai pengguna berbanding dengan 3G iaitu lebih kurang tiga kali ganda. Selain itu, kos penggunaan data adalah lebih murah dengan kelajuan yang lebih tinggi.
Kebanyakkan pengeluar peranti pada hari ini telah pun mula mengeluarkan telefon pintar, modem dan sebagainya dengan variasi sokongan LTE, membolehkan para pengguna menikmati kelajuan internet tinggi pada peranti mudah-alih mereka.
Ringkasan teknologi tanpa wayar 1G, 2G, 3G & 4G
Kelajuan internet yang terpapar dalam telefon mengikut kelajuan:
G - GPRS
E - EDGE
3G - 3G
H/H+ - HSDPA/HSDPA+
L - LTE
0 comments :
Post a Comment