Updated 09/2015: Kursus Kemahiran Teknikal/Kejuruteraan INSEP Percuma di Negeri Sembilan Skills Development Centre (NSSDC)


Negeri Sembilan Skills Development Centre (NSSDC) dengan kerjasama Kerajaan Malaysia, kini menawarkan kursus-kursus kemahiran yang bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran yang meluas bagi disalurkan ke alam pekerjaan agar lebih kompetitif dan produktif.

Yuran Pendaftaran: PERCUMA
Tempat Kursus: Negeri Sembilan Skill Development Centre (NSSDC), Mantin Negeri Sembilan
Tarikh kemasukan [klik sini] atau telefon terus wakil NSSDC

Sejarah Penubuhan NSSDC - Skills For Excellence
Negeri Sembilan Skills Development Centre merupakan projek usahasama di antara Kerajaan Negeri dengan gabungan industri swasta di Negeri Sembilan. Misi utamanya adalah untuk menyediakan khidmat latihan untuk pihak industri dan sebagai platform bagi mempromosikan kemahiran teknikal serta pengurusan setanding dengan perkembangan terkini. NSSDC telah diiktiraf sebagai salah sebuah Pusat Latihan Bertauliah di bawah PSMB - Kementerian Sumber Manusia sejak 15 Oktober 1994 dan diakreditasi oleh Jabatan Pembangunaan Kemahiran (JPK) bagi menjalankan latihan teknikal untuk para pekerja dan lepasan sekolah. NSSDC juga telah mendapat pengiktirafan MS:ISO 9001:2000 sejak 2005 dan telah dinaiktaraf ke MS: ISO 9001: 2008 pada Ogos 2010 oleh SIRIM. Pusat latihan ini dibina di atas 8 ekar tanah dengan suasana persekitaran yang sebenar untuk sesi latihan dan pembelajaran. NSSDC juga telah dilengkapi dengan peralatan, tenaga pengajar berkelayakan, kemudahan serta program untuk memenuhi kehendak industri terkini. Sepanjang 19 tahun beroperasi, NSSDC telah melatih sekitar 50,000 orang pelatih di dalam bidang Teknikal, Kejuruteraan, Perkhidmatan, Pengeluaran dan Kemahiran Pentadbiran. Sebagai salah sebuah institusi terpenting di Negeri Sembilan, NSSDC akan berusaha menyediakan perkhidmatan terbaik secara berterusan kepada semua pelanggan di Malaysia mahupun antarabangsa. 

Program Lepasan Diploma/Ijazah (Kejuruteraan sahaja) - Industrial Skills Enhancement Programme (INSEP)

NSSDC diberi mandat oleh kerajaan Malaysia menjalankan kursus jangka masa pendek pada graduan lepasan Diploma/Ijazah yang masih belum bekerja/masih mencari kerja tetap terutama dalam bidang kejuruteraan Mekanikal, Elektronik, Elektrik dan Mekatronik dari mana-mana Institusi pengajian tinggi Awam (IPTA) atau Swasta (IPTS). Ia terbuka kepada graduan di seluruh negeri di Malaysia kecuali Kejuruteraan Awam dan lain-lain kos yang tidak berkaitan kejuruteraan.

Kursus yang ditawarkan untuk program INSEP:


Kaedah pembelajaran disini menggunakan sistem modul berhari. Bermaksud setiap modul diajar atau sesuai dikatakan disini dilatih berterusan tanpa berselang dengan modul-modul lain. Tidak seperti kaedah jadual mingguan belajar di universiti atau kolej yang mempunyai banyak subjek berlainan dalam sehari. 

Misalnya, untuk program Computer Integrated Manufacturing System atau singkatannya CIMS yang mempunyai 14 modul dan setiap modul tersebut akan dilatih selama beberapa hari (Contoh: 3-4 hari) dan akan diikuti modul seterusnya selepas tamatnya sesuatu modul. Kebaikan kaedah digunapakai membolehkan pelajar menumpukan sepenuh perhatian terhadap sesuatu modul saja pada satu-satu masa.

Peralatan seperti mesin dan jentera elektrik disini mencukupi untuk keperluan latihan pelajar. Malahan, modul ditawarkan juga menyerupai banyak subjek ketika belajar di peringkat diploma/ijazah dahulu. Di sini juga, pelajar boleh mengasah kemahiran sedia ada ketika menuntut di universiti/kolej dahulu atau menambah kemahiran baharu sesuai dengan kursus ditawarkan. 

 

Sebagai contoh, modul Autocad yang tidak diajar dalam bidang elektrik di peringkat diploma/ijazah walaupun pekerjaan yang menggunakannya, banyak terdapat di Malaysia. Modul latihan berkemahiran yang banyak akan membuka lebih peluang pekerjaan di pasaran kerja.

Sesetengah modul diberikan simple test di hujung hari modul tersebut. Tetapi tidak mempunyai sistem pointer atau CGPA untuk lulus dari tempat ini. Pemarkahan biasa sahaja diberikan sebagai petunjuk prestasi semasa.

Suasana di tempat ini amat kondusif dan masa yang tidak membebankan pelajar bagi program INSEP kerana waktu pembelajaran bermula seawal 9 pagi dan berakhir pukul 4 petang. Rehat dua kali diberikan - Sarapan percuma selama setengah jam antara 10.00 - 10.30 pagi dan rehat tengah hari pada pukul 12.30 - 2.00 petang. Rehat pada hari Jumaat untuk tengah hari pada pukul 12.30-2.30 petang. Sarapan pagi seperti mee goreng dan nasi goreng beserta teh panas. Makan tengah hari juga amat memuaskan kerana diberikan makanan berlauk dan air manis secara percuma. Tertakluk kepada perubahan semasa.

Pengangkutan bas diberikan untuk pergerakan pelajar dari asrama kediaman ke pusat kemahiran kerana asrama pelajar terletak berdekatan luar kawasan penjara di Seremban, iaitu kira-kira 15-20 minit perjalanan bas. Asrama tersebut merupakan blok rumah flat dengan tiga bilik tidur setiap rumah.

Syarat Kelayakan:  
  • Ditawarkan kepada semua graduan lepasan Diploma atau Ijazah di dalam bidang KEJURUTERAAN SAHAJA (Kecuali Kejuruteraan Awam dan lain-lain kos tidak berkaitan kejuruteraan) dari mana-mana universiti / institusi tempatan atau luar negara.
  • Graduan mestilah yang masih belum bekerja atau menganggur.
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur kurang dari 25 tahun dan masih bujang

Tempoh kursus:
  • 6 Bulan (3 bulan belajar di NSSDC + 3 bulan praktikal @ terus diserap bekerja)
  • 3 bulan pertama sudah diberikan sijil

Kelebihan:
  • Ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia
  • Elaun sara diri sebanyak RM500 sebulan termasuk praktikal
  • Kemudahan Asrama dan pengangkutan disediakan
  • Peluang menimba pengalaman dengan sektor industri
  • Latihan yang relevan berkaitan industri
Pada penghujung kursus ini, pihak NSSDC membawa pelajar INSEP ini bercuti selama tiga hari dua malam seperti contoh penulis berpeluang ke Kolej UNITI yang terletak di pantai Port Dickson. Tempat kedengaran seperti bukan tempat percutian sebaliknya kawasan tersebut sebuah kem yang dilengkapi pelbagai kemudahan rekreasi, dewan serbaguna, surau, hostel dan kantin. Aktiviti rekreasi pula seperti flying fox, rentas hutan, membuat rakit dan berakit beramai-ramai di tepi pantai. Sememangnya percutian seperti ini dapat memberi ketenangan jiwa dan berehat seketika dari menumpukan kepada pembelajaran di kelas.




 


Kebaikan lain diperoleh disini, pelajar tidak terikat dengan tempoh latihan selama 3 bulan tersebut. Pelajar boleh menamatkan latihan pada bila-bila masa dengan syarat telah memperoleh kerja dan wajib memberi surat dipanggil bekerja untuk menamatkan latihan. Cuti juga diberikan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk pergi ke temuduga (Perlu mengisi borang cuti).

Pusat kemahiran NSSDC sangat bekerja rapat dengan syarikat-syarikat swasta di Negeri Sembilan. Dikatakan sendiri oleh tenaga pengajar disitu bahawa terdapat HR syarikat di negeri ini amat mengenali pusat kemahiran NSSDC. Di sini juga, anda dapat melihat banyak iklan kekosongan jawatan ditampal di papan notis. Pelajar akan ditolong dicarikan kerja oleh pihak NSSDC menggunakan rangkaian mereka sedia ada.

Baca lagi: Tarik pelabur masuk, NSSDC perlu sedia pelan latihan komprehensif

Kepada yang berminat dapatkan borang permohonan di unit kerjaya & keusahawanan dan hantar terus permohonan tersebut kepada:

NEGERI  SEMBILAN SKILLS DEVELOPMENT CENTRE (NSSDC)
Batu 81/2, Jalan Seremban-Mantin,
71700, Mantin, Negeri Sembilan Darul Khusus.
No. Tel : 06-7587404  ( En. Faizal / Cik Sara / En. Fidze )

" Skills For Excellence" 

Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments :

Isra Ismail said...

info yang berguna..

rakansiber said...

tmpt ni kurg diketahui umum walaupun sudah 12 tahun ditubuhkan. Sebar2kan untuk kenalan2 terdekat.