Institusi Pengajian Tinggi Yang Memberikan Yuran Percuma 2015


Pengarang: Fadzuan Rahmat

Ramai rakyat Malaysia beranggapan usaha menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi memerlukan kita mengeluarkan kos beribu-ribu ringgit. Kebanyakan daripada kita tidak menyedari terdapatnya institusi-institusi pengajian tinggi yang menawarkan pengajian secara percuma.

Sesetengah daripada kita ada yang melawat ke Ekspo Pendidikan Tinggi saban tahun atau terpengaruh dengan iklan di kaca televisyen yang akhirnya terperangkap dengan tawaran institusi pendidikan terbabit.

Seterusnya mereka ini akan membuat pinjaman atau mendapatkan dana seperti PTPTN, MARA dan sebagainya untuk membiayai yuran dan sara hidup ketika menyambung pengajian nanti. 

Dalam entri kali ini, saya akan berkongsi kepada anda beberapa institusi pengajian termasuklah pusat kemahiran yang bersesuaian untuk semua lepasan pengajian termasuklah SPM, diploma, ijazah dan peringkat seterusnya yang menawarkan pengajian secara percuma. 

Program ditawarkan di institusi dinyatakan dibawah ini dijalankan selama 4 bulan ke 3 tahun bagi peringkat sijil (Sijil Kemahiran Malaysia, SKM 1 hingga SKM 5), diploma dan diploma lanjutan (advanced diploma). Program sijil yuran berbayar ada juga dijalankan secara harian atau mingguan [klik sini].

Kelebihan menyertai program pengajian di sini, pelajar turut diberikan elaun serendah RM250 hingga RM800 selain penginapan percuma (Bergantung kepada institusi & perubahan semasa). Selain itu, program disini juga sesuai untuk graduan yang ingin mendapatkan kemahiran teknikal sebelum memasuki pekerjaan industri. Berikut institusi-institusi pengajian tersebut:

  1. German-Malaysian Institute (GMI)
  2. Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
  3. Institut Kemahiran MARA (IKM) 
  4. Latihan Separa Perubatan (SPA)
  5. Negeri Sembilan Skill Development Centre (NSSDC)
  6. Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST)
  7. Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP)
  8. Institut Pendidikan Guru (IPG)
  9. Selangor Human Resource Development Centre (SHRDC)
  10. Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC)
  11. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
  12. Program Latihan Kemahiran Personel Binaan Anjuran ABM/CIDB
  13. Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M)
  14. Institut Latihan Perindustrian (ILP)
  15. Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI)
  16. MARA Japan Industrial Institute (MJII)
  17. Kolej Kemahiran Antarabangsa Malvern
  18. Jamiah Iman dan Kulyatul ‘Ulya lil Quranil Karim di Yaman
  19. Giat MARA
  20. Kolej Komuniti

Harus diingatkan Malaysia bakal melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia atau PPPM-PT 2015-2025 yang menyasarkan graduan yang lebih holistik yang tidak tertakluk kepada pointer atau CGPA semata-mata. 

Sebaliknya CGPA yang dikira pada masa itu akan memasukkan elemen penglibatan pelajar dalam aktiviti luar dan kokurikulum ditambah dengan keputusan akademik semasa. Carta aliran dibawah diharapkan dapat memberi penjelasan akan perbezaan aliran akademik dan aliran skil teknikal.


Pemilihan pusat akademik berteraskan kemahiran atau teknikal adalah pilihan yang mesti dimiliki bagi setiap pelajar. Pengalaman penulis sepanjang pencarian kerja suatu masa dulu merumuskan kebanyakan majikan ingin nilai tambah atau kemahiran teknikal daripada peserta yang ditemuduga. Paling merisaukan ketika itu, fail yang mengandungi pelbagai sijil penyertaan dan akademik langsung tidak dibukanya. Yang ditanya hanyalah skil dan kemahiran tertentu yang mampu dilakukan.

Skil Kemahiran + Akademik

Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) tidak harus lagi dilihat sebagai laluan kedua, tetapi perlu menjadi pilihan pertama semua pelajar memandangkan bidang itu mempunyai prospek kebolehpasaran yang tinggi selepas mereka menamatkan pengajian.

Penubuhan Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) yang menawarkan pelbagai bidang pengajian teknikal dan vokasional pada peringkat diploma dan ijazah pertama dilihat tepat pada masanya.

Antara universiti yang menawarkan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) - Yuran berbayar:
  1. Universiti Teknologi Malaysia Melaka (UTeM)
  2. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  3. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  4. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  6. Tiga politeknik premier iaitu Politeknik Ungku Omar (PUO), Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) yang kesemuanya setanding dengan syarat kemasukan ke IPTA.

Perkembangan ini bukan sahaja menyambut aspirasi negara untuk mengarus perdana dan meluaskan akses kepada pendidikan teknikal dan latihan vokasional, malah yang lebih penting dapat menambah bilangan tenaga kerja berkemahiran tinggi bertujuan meningkatkan 'high skill, high income' (kemahiran tinggi, pendapatan tinggi) dalam kalangan graduan.


“In Germany, 60% of academically excellent students go to polytechnics because it gives them experiential learning” - Deputy Education Minister P. Kamalanathan




*Jangan lupa tinggalkan komen, pandangan atau idea-idea tambahan di ruangan komen dibawah ini.

Share on Google Plus

About Rakan Siber

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments :

Mau_keje_banyak_gaji said...

Kalau ditanya kerja apa banyak gaji masuk, tentu sekali telaga minyak. Gunakan skil lepas bljr kt sini kt offshore atau syarikat berkaitan minyak. Kerja kt telaga la senang cerita.