Diari Blog Pelatih Oil & Gas di INSTEP





Sekarang aku sudah berada dalam bulan terakhir semester 1 sebelum memulakan latihan praktikal pada semester seterusnya. Waktu-waktu terakhir ini, aku tertarik untuk berkongsi kisah-kisah aku alami dan pengalaman hidup seorang pelatih tajaan Petronas dalam kelompok PTP-1 Julai 2015.

Sebagai pengenalan aku mulakan sedikit latar belakang pelatih-pelatih yang memasuki INSTEP ini. Kami terdiri daripada pelbagai bidang kejuruteraan seperti elektrik, elektronik, mekanikal, Kimia dan apa yang bersangkut paut dengan bidang kejuruteraan. Tidak kisah la belajar dari mana pun. Macam roomate belajar dari KKTM Pasir Emas, Kelantan. Sementara aku pula dari UiTM Pulau Pinang dari bidang Kejuruteraan Elektrik (Kuasa). Aku perasan pelajar dari UiTM Pulau Pinang ramai yg mudah sambung ke INSTEP ini. Mungkin sebab kampus tu semua bidang kejuruteraan ada dan pelajar beribu-ribu orang. Pelatih yang masuk program PTP ni hanyalah dari lulusan diploma sahaja. Tiada pemgambilan untuk orang yang sudah ada ijazah. Ijazah bawah program PRODIGY.

Pelatih tajaan Petronas akan dibahagi kepada beberapa trade iaitu
  1. Trade Proses dan Analitikal (Makmal) 
  2. Trade Elektrik
  3. Trade Instrument
  4. Trade Mekanikal
  5. Trade Production

Minggu Induction Week

Atau dikenali minggu orientasi. Masa ini la pelatih2 akan ditentukan trade mereka sepanjang mereka menuntut ilmu di INSTEP, Pengambilan batch aku adalah seramai 412 orang pelatih. Sebelum aku melangkah cerita lebih jauh, aku ingin memperkenalkan istilah-istilah biasa digunakan dekat INSTEP yang aku pasti pelatih baru mcm aku dulu akan terpinga-pinga. Antara wajib diketahui:
  • Trade = Fakulti
  • Trainee = Student
  • Bridging = HEA/HEP
  • Gally = Medan Selera/Kantin
  • Instructor/ Learning facilitator (LF) = pensyarah/ lecturer
  • Sponsor = Company yang menaja pelatih. Selain pelatih Petronas, ada juga dari company lain yang hantar pelatih mereka ke sini untuk mendapatkan latihan dalam bidang oil and gas spt ExxonMobil dan juga company yang menaja org Iraq masa aku ni (tak tahu company apa).
Seminggu bersuai kenal sini, atur cara dikendalikan senior yang sudah habis belajar situ. Masa aku awal sem dulu, kawan satu batch dkt UiTM dulu salah seorang fasilitator aku. Jadi banyak la aku tanya. Masa ni la aku kenal bangunan2 dlm INSTEP dengan bantuan fasi2 yang bertugas. Memang luas INSTEP ni. Jarak dari asrama aku huni sekarang ada la lebih 700m ke pintu keluar.

Bercerita pasal fasilitator pula, disebabkan rata2 semua bukan budak-budak lagi, jadi layanan mereka sangat baik, Cuma masa je la kena punctual. Aktiviti banyak mendengar taklimat di dewan besar dekat pintu masuk tu (sama jauh dari asrama ke pintu keluar). Pada hari-hari terakhir minggu orientasi ini, staf pegawai Petronas akan menerangkan berkenaan kontrak kerja, peraturan semasa dan paling menarik perkongsian kisah Alumni INSTEP yang sudah bertahun-tahun bekerja dari dua tempat kerja, upstream & downstream. Ujian bertulis bahasa inggeris untuk pembahagian kelas pelatih. Masa batch aku untuk trade proses saja.

Jangan terkejut dalam INSTEP ini ada ramai warga asing ada. Sem aku ni ada pelatih-pelatih dari Iraq. Ada mat saleh dalam ni aku tahu depa ni kerja sbg apa. Kediaman mereka ni lawa lagi la mcm apartmen. Fikir positif, mungkin sponsor mereka bayar mereka mahal lagi untuk belajar di INSTEP.


Fasiliti

Kemudahan sukan dan kelengkapan peribadi untuk pelajar amat memuaskan. Lima bintang aku beri. Bermula Sport Complex yang memiliki court badminton, sepak taqraw dan futsal yang mempunyai tempat duduk bertingkat untuk tontonan perlawanan sukan. Selain itu, bilik jamming untuk bermain gitar dan drum serta tidak lupa indoor gym. Outdoor gym juga ada di luar kompleks sukan ini.


Kediaman di blok pula mcm bilik aku mempunyai tingkap tapi bilik aku tiada tingkap sebab mengadap dalam blok. Bilik lain ada je tingkap. Sesetengah blok selain blok aku diami tiada penghawa dingin. Water cooler, heater untuk minuman dan seterika telah disediakan pihak Petronas. Makanan dalam Petronas sedap2 juga la. Senior kata baru tukar kontraktor baru sbb mereka yang buat aduan dulu.

Pembelajaran

Waktu kelas disini sangat fleksibel. Kebiasaannya waktu kelas bermula pukul 9 pagi atau 9.30 pagi. Bergantung pada instructor. Kecuali kelas common iaitu kelas agama dan bahasa inggeris bermula pada pukul 8 pagi. Setiap minggu pula, subjek baru akan dipelajari pelatih dan berlainan subjek pada minggu2 berikutnya. Disebabkan itu, setiap minggu akan ada ujian akan dijalankan untuk subjek2 tersebut. Bahkan tidak cukup dengan ujian, pembentangan atau assess org sini panggil diadakan sama ada secara individu atau berkumpulan. Waktu pembelajaran akan berterusan sehingga berhenti pukul 12 atau 12.30 tengah hari untuk makan tengah hari. Kelas seterusnya bersambung semula kira-kira pukul 2 atau 2.30 petang dan berakhir jam 4.30 petang. Walaubagaimanapun, waktu kelas ini akan berubah-ubah mengikut keperluan instructor.

Kemudahan dalam kelas adalah mencukupi dan kondusif. Setiap kelas akan dimuatkan lebih kurang 14 orang pelatih. Manakala, kemudahan alat bantuan pelajar disediakan seperti penghawa dingin, projektor dan kerusi meja yang sangat berkelas dan luas. Blok akademik atau kelas-kelas pembelajaran hanya terletak bersebelahan kediaman pelatih. Keluar blok kediaman pelatih boleh terus ke kelas tanpa perlu berjalan jauh kecuali beberapa kelas yang telah ditetapkan untuk berada berjauhan sedikit dari blok kediaman. Begitu juga dengan gally atau medan selera juga terletak bersebelahan blok kediaman. Kediaman yang dinyatakan disini merujuk kepada blok A dan blok C.


Akan bersambung bila aku rajin. Tanya la di ruangan komen supaya aku lebih rajin menyambung cerita.. =)
















Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :