APA ITU STANDBY, SHUTDOWN, HIBERNATE & SLEEP PADA WINDOWS



1. Standby 
Ketika kita memilih fungsi ini, windows akan membuatkan komputer dalam keadaan penjimatan tenaga. Penjimatan tenaga yang dimaksudkan adalah komputer dinyalakan dengan menggunakan arus elektrik dengan seminima mungkin. Hal yang biasa terjadi ketika komputer dalam keadaan standby adalah monitor akan dalam keadaan mati ( tidak menampilkan gambar ). Pada keadaan standby, komputer akan menunggu tindakbalas dari pengguna agar kembali seperti semula atau kembali ke keadaan normal. Tindakbalas yang dimaksudkan adalah seperti gerakan mouse dan akses keyboard ( kita menekan mana-mana tombol di keyboard ). 

2. Shutdown 
Fungsi ini cukup jelas, iaitu mematikan komputer secara keseluruhan. Saat kita memilih shutdown, semua komponen komputer (ram, hardisk, prosesor, dll) akan dinyahaktifkan, iaitu diputuskan aliran arus elektriknya. Pada saat ini memori komputer (ram) akan dikosongkan, sehingga jika hendak menghidupkan komputer kembali memerlukan masa cukup lama untuk memuat sistem operasi (misal windows) kembali ke ram. Hal ini terkait rapat dengan pentingnya memori bagi sesebuah komputer dan cara kerja sistem operasi. 

3. Hibernate
Fungsi hibernate akan membuat komputer mati (off ) seperti fungsi shutdown. Tetapi apa yang bezanya, sebelum komputer dalam keadaan off, memori-memori yang ada di ram ( volatile memory ), akan di copy semua ke dalam hardisk ( non-volatile memory ). Maksudnya, semua aktiviti yang kita lakukan pada komputer (memori-memori aplikasi yang sedang kita buka, seperti word dll) akan disimpan ke dalam hardisk. Dan ketika kita nyalakan kembali komputer , ram akan meminta kepada hardisk memori-memori yang tersimpan tadi dan dengan ini proses booting akan mengambil masa yang lebih cepat karana ram sudah memiliki memori yang diperlukan untuk masuk ke windows. Aplikasi-aplikasi yang kita gunakan ( sebelum di-hibernate ) juga akan terus terbuka apabila masuk ke windows.

4.  Sleep
Fungsi Sleep digunakan untuk membuat komputer tertidur,maksud tertidur disini adalah,windows akan menyimpan semua aktiviti yang kita lakukan pada komputer di dalam RAM dan berjalan dengan POWER yang sangat kecil ( arus elektrik yang digunakan sangat sedikit ) dan memungkinkan kembali seperti semula hanya dengan beberapa saat sahaja .Fungsi SLEEP ini hanya dapat diberjalan jika masih ada arus pada bateri, dan jika bateri hampir habis maka komputer akan “Bangun” sendiri dan automatik akan masuk ke fungsi HIBERNATE STATE, iaitu ia akan menyalin semua aktiviti ( memori ) pada ram ke dalam HARDISK.

Sumber: faiz-tutorial
Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :