Membuat hotspot dari komputer tanpa guna modem

Connectify adalah sebuah perisian penghala (bahasa Inggeris: router) yang berfungsi di atas platform Microsoft Windows. Perisian ini memberi kelebihanan pada sistem komputer yang dilengkapi dengan peranti tanpa wayar Wi-Fi untuk bertindak sebagai titik capaian khidmat (bahasa Inggeris: access point) tanpa perlu mengeluarkan wang yang lebih untuk peranti tambahan. Secara ringkas, dengan menggunakan perisian ini membolehkan anda berkongsi rangkaian internet dengan peranti lain atau berkongsi fail dari sistem komputer tersebut dengan peranti yang disambungkan.


Sudah pasti teknologi perisian ini merupakan pilihan tepat bagi mereka yang mempunyai kekangan untuk berkongsi & menggunakan internet tanpa wayar pada peranti tambahan mereka sebagai contoh untuk mereka yang ingin berkongsi sambungan talian internet dari pembekal internet peranti USB seperti Celcom Broadband USB.

Router tambahan tidak diperlukan. Hanya dari komputer saja
Connectify juga turut ditawarkan secara percuma bagi versi Connectify Lite dengan fungsi yang terhad tetapi cukup sudah memadai bagi kegunaan peribadi untuk berkongsi internet dengan yang lain manakala versi Connectify Pro mempunyai kelebihan fungi pengurusan dalam rangkaian dan perkongsian rangkaian 3G/4G.

Caranya dengan memuat turun perisian ini, memasangnya dan klik 'Start Hotspot'. Internet dikongsi melaluinya mampu dikongsi hingga ke beberapa peranti.

Dapatkan perisian ini dengan memuat turun secara percuma di sini.

Sumber: gombug

Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :