Mereka bentuk infografik menggunakan 'piktograf' dari pelayar web - penyampaian maklumat semakin menarik

Penggunaan infografik merupakan salah satu cara berkesan dalam menyampaikan pelbagai info, data dan angka dalam bentuk yang menarik. Namun untuk membuat sesuatu infografik, ia adalah sesuatu yang sukar, dan memerlukan kepakaran dalam bidang grafik dan sebagainya. Untuk mengatasi perkara ini, beberapa pembangun tempatan kini dalam fasa akhir pembangunan laman PiktoChart.


Untuk makluman semua, PiktoChart membolehkan para pengguna menggunakan platform mereka dalam membangunkan dan merekabentuk sesebuah infografik terus melalui pelayar web. Memandangkan aplikasi mereka berasaskan web, ia membolehkan semua pengguna seluruh dunia menggunakannya, asalkan mereka mempunyai pelayar web dan juga aplikasi Flash.
Melalui perkhidmatan PiktoChart kelak, ia akan menyediakan beberapa pilihan akaun untuk pengguna, iaitu termasuk percuma (dengan akses terhad) dan juga berbayar (dengan akses meluas), yang memberikan akses tema dan rekabentuk berbeza untuk digunakan pada infografik pengguna.
Layari laman sesawang tersebut disini.
Sumber: Amanz
Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :