U Mobile perkenal 'Streaming' Percuma untuk akses ke Youtube & Tonton

Sekiranya dilihat pada trend pengguna melayari internet, semakin hari semakin ramai yang melayari internet pada peranti mudah alih. Ia turut menaikkan jumlah penonton laman perkongsian video seperti YouTube dan Tonton. Pada hari ini U Mobile mengumumkan kerjasama dengan mereka, membawakan penstriman video dari YouTube dan Tonton secara percuma kepada pelanggan mereka.

Melalui kerjasama ini, pelanggan U Mobile boleh menonton video dari laman YouTube dan Tonton secara percuma, tanpa menggunakan kuota data pada waktu 2.00 pagi sehingga 10.00 pagi setiap hari. Kebiasannya penstriman video menggunakan data yang banyak sekaligus menghabiskan kuota data pada pakej yang dilanggan. Sekiranya pengguna U Mobile menonton video pada tempoh tersebut, data yang digunakan tidak akan direkodkan dalam penggunaan kuota data mereka.

Perkhidmatan ini ditawarkan bermula hari ini sehingga 31 Disember 2014 dan tersedia untuk kesemua pengguna rangkaian U Mobile. Bagi yang ingin meneruskan perkhidmatan ini selepas akhir tahun, U Mobile menawarkan tambahan harga sebanyak RM3 sebulan.

Pakej tersebut boleh didapati dengan semua pelan prepaid, postpaid dan juga broadband.


Sumber: Amanz
Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :