Jenama 'Nokia' ditukarkan kepada 'Microsoft Lumia'

Microsoft sebelum ini telah mengambil alih bahagian peranti Nokia, sekaligus membawa pasukan disebalik peranti Lumia, Asha dan sebagainya ke Microsoft. Kini, bergerak kehadapan, Microsoft dilihat akan memfokuskan kepada penjenamaan semula produk dan laman sosial disebalik Nokia. Pihak Microsoft mengesahkan yang mana mereka akan melakukan perubahan daripada nama Nokia Lumia ke Microsoft Lumia tidak lama lagi. 

Perkara ini lanjutan daripada penjenamaan semula web, dan laman sosial mereka, dimana pihak Microsoft turut mengatakan mereka akan memperkenalkan sebuah peranti Microsoft Lumia yang baru tidak lama lagi.
Microsoft mengatakan jualan peranti sedia ada akan diteruskan dibawah nama Nokia Lumia, dan mereka akan meneruskan sokongan jaminan dan kemaskini seperti biasa, dan penjenamaan semula ini mengambil kesan kepada produk baru kelak.
Apa pun, Microsoft turut menekankan yang mana jenama Nokia akan terus digunakan oleh mereka, untuk peranti asas, seperti Nokia 130 dan sebagainya – iaitu peranti berasaskan platform Asha dan Series-40.
Sumber: eberita
Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :