Perpustakaan Negara Malaysia mungkin sedia popular dikalangan ramai pengguna dalam mendapatkan buku-buku berbentuk fizikal untuk rujukan dan untuk dipinjam untuk tempoh yang terhad. Dengan perkembangan arena digital, pihak Perpustakaan Negara Malaysia juga turut menyediakan kemudahan kepada pengguna untuk meminjam buku digital daripada koleksi yang disediakan oleh mereka.
Untuk membuat pinjaman secara digital daripada Perpustakaan Negara Malaysia, pengguna hanya perlu ke laman rasmi PNM, dan seterusnya mendaftar akaun percuma.
Layari : PNM E-Lib
Sebaik sahaja selesai mendaftar, anda akan diminta untuk mengaktifkan akaun menggunakan emel, dan seterusnya sudah boleh mengakses koleksi buku yang disediakan oleh pihak Perpustakaan Negara Malaysia.
Pihak PNM menawarkan kemudahan untuk pengguna pinjam sesuatu buku selama 7 hari secara digital – dimana ia akan ditambah ke akaun anda untuk diakses, dan selepas tujuh hari ia akan dipadam. Seperti biasa, anda masih boleh pinjam ia semula untuk meneruskan bacaan anda.
Untuk memudahkan proses membaca, pihak PNM menyediakan aplikasi untuk iPad dan juga Android, selain turut menawarkan kemudahan untuk membaca secara online.
Buat masa ini, penawaran buku digital melalui PNM masih terhad, tetapi ia mungkin ditambah dari hari ke hari, apatah lagi dengan perkembangan sihat dalam arena penerbitan digital dari hari ke hari.
Muat-Turun PNM eReader untuk Android
Muat-Turun PNM eReader untuk iOS
0 comments :
Post a Comment