Joi 7 Hadir Sebagai Tablet Windows 8.1 Termurah, RM299

Joi 7

Di Malaysia tablet windows keluaran Joi boleh dikatakan antara termurah di pasaran sekarang. Sebelum ini, mereka telah memperkenalkan tablet 8 inci, Joi 8i dengan harga RM649. Kini SNS Network telah memperkenal satu lagi tablet bersaiz 7 inci yang membawa tanda harga RM299 menjadikan ia tablet Windows 8.1 termurah di pasaran ketika ini.
Joi 7 merupakan tablet 7 inci yang hadir dengan resolusi 1024 x 600 pixel. Ia telah tersedia dipasang dengan Windows 8.1 serta 1 tahun langganan percuma untuk Microsoft Office 365 Personal. Tablet 7 inci ini amat sesuai untuk golongan pelajar atau bagi yang kurang berkemampuan oleh kerana ia menawarkan harga yang sangat rendah.

Spesifikasi Tablet Murah Joi 7

Untuk spesifikasi Joi 7, peranti ini hadir dengan pemproses Intel Atom Z3735G 1.33 Ghz dan 1 GB RAM serta 16 GB memori terbina serta sokongan slot memori tambahan. Untuk fungsi pengambaran pula, Joi 7 menawarkan 2 Megapixel kamera di bahagian belakang manakala di bahagian hadapan pula tertera kamera VGA yang boleh digunakan untuk Skype.
  • Processor : Intel® Atom™ processor Z3735G
  • Display : 7″ multi-touch display @ 1024 x 600 resolution
  • Memory : 1GB DDR3 RAM and 16 GB internal Memory
  • Connectivity : Wi-Fi, Bluetooth 4.0
  • Ports : Micro SD slot, Mini HDMI port, Micro USB port
  • Platform : Windows 8.1 with Bing™
  • Baterry : 2,600 mAH
  • Camera : 2MP Back, VGA Front
Joi 8i turut menawarkan slot sambungan mini HDMI yang boleh disambung terus ke TV danprojector yang mudahkan pengguna membuat perbentangan tanpa perlu membawa komputer riba dan sebagainya. Dengan setiap pembelian tablet Joi 7 anda akan dilindungi dengan 1 tahun jaminan.
Sumber : Joi.com.my
Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :