Freedom 251 – Telefon Pintar Android Berharga RM15 Dijual Di India


Apakah harga paling murah pernah anda bayar untuk memiliki sebuah peranti pintar? Kali terakhir kami membayar untuk sebuah peranti pintar ialah 2010 untuk Samsung Galaxy Note. Harga jualan adalah sekitar RM 2200 pada ketika itu. Di pasaran sekarang terdapat banyak peranti pintar yang boleh dibeli mengikut kemampuan pengguna. Jadi tidak mengejutkan sekarang peranti pintar juga sudah boleh dimiliki oleh mereka yang berpendapatan rendah. Di India istilah “peranti mampu milik” mereka nampaknya jauh lebih menakjubkan dari di negara kita.
Freedom-251-1
Freedom 251 ialah sebuah peranti pintar Android 5.1 yang dijual pada harga hanya ₹251, iaitu sekitar RM 15 sebuah. Ia dilengkapi skrin 4″ qHD, diperkasakan pemproses 1.3 GHz empat teras, RAM sebesar 1 Gigabyte dan muatan dalaman sebesar 8 Gigabyte. Dari segi kemampuan optik pula ia mempunyai kamera utama 3.2 Megapixel dan kamera hadapan 0.3 Megapixel. Peranti yang menyokong rangkaian 3G ini juga dilengkapi bateri sebesar 1400 mAh. Telefon ini dihasilkan khas untuk golongan kurang berkemampuan di India untuk memiliki peranti pintar yang selama ini dianggap sebagai barangan mewah. Aplikasi terpasang pada Freedom 251 membolehkan mereka mengakses berita terkini, melakukan panggilan kecemasan dan melakukan transaksi wang. Di negara seperti India telefon mudah alih sudah lama digunakan untuk mengubah tarap hidup golongan kurang berkemampuan. Pinjaman kredit mikro dipindahkan terus ke telefon selular dan mereka boleh membeli barangan secara pemindahan kredit telefon. Di kawasan pedalaman telefon selular menghubungkan mereka ke dunia luar kerana ketiadaan telefon berwayar. Siapa sangka sebuah peranti pintar Android boleh dijual semurah ini.
Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :