Elak menjadi mangsa dan pembawa virus.

Baru-baru ini 'library' UiTMPP 'diserang' virus yang tidak mampu dihalang dan ramai pelajar menjadi mangsa dan pembawa kepada virus ini (melalui pendrive).

Simptom virus ini ialah, ia akan membuat shorcut untuk setiap folder yang anda ada dan fail anda akan 'disembunyikan'.

Situasi yang amat tidak menyenangkan.Nampaknya antivirus kaspersky 6 (atau 7) yang digunakan perpustakaan UiTMPP tidak cukup kuat untuk menangkis virus ini.

Sebagai pengguna anda boleh mengelak dari dijangkiti atau menjadi pembawa kepada sebarang jenis virus.

Panduan untuk pengguna pendrive.

A) Cara pertama ialah gunakan software Panda usb vaccine.Anda boleh download software ini di sini.
Apabila sudah install, jalankan software ini dan pada menu 'select an USB drive', pillih drive anda untuk di 'vaccine'. Rujuk gambar.


software ini akan mencipta satu fail AUTORAN.INF pada pendrive anda yang berfungsi menghalang virus dari mencipta fail autoran.inf-nya sendiri. Fail autorun.inf virus berfungsi membawa masuk virus ke komputer anda.

Ingat bahawa fail AUTORUN.INF akan dikesan sebagai virus (dikesan pada antivirus antivir) tetapi sebenarnya tidak. Fail ini juga tidak boleh di buang dengan cara biasa.



Dengan cara ini pendrive anda akan selamat.

B) Langkah kedua adalah membuang virus dalam pendrive anda jika antivirus gagal. kadang kala bukan semua antivirus (terutamanya versi percuma atau lama) boleh membuang virus.

Oleh itu mencegah adalah lebih baik dari mengubati.Caranya ialah dengan membuang virus dari pendrive secara manual.

Mula-mula buka folder option (rujuk gambar)
kemudian, kosongkan kotak 'hide extensions for known files types' dan 'hide protected operating system files' seperti dalam gambar.

Tekan ok dan buka my computer.Pada pendrive anda,klik kanan dan pilih 'open atau explore'.
kemudian DALAM pendrive anda itu,cari fail yang BUKAN milik anda dan 'delete'. Virus biasanya wujud dalam format .exe, .scr, .dll, dan .com. Masalah selesai.Anda juga boleh 'delete' fail autoran.inf melalui cara ini


jika anda ingin pastikan sesuatu fail itu virus atau tidak,upload fail itu ke web ini http://www.kaspersky.com/scanforvirus

Untuk lebih mudah melihat fail yang tersembunyi juga mengemas fail anda,gunakan pengurus fail freeCommander ini.

Kesimpulannya:

1-Gunakan panda usb vaccine pada pendrive anda
2-scan virus pada pendrive anda
3-buang virus secara manual (delete fail yang bukan milik anda)

elakkan membuka pendrive malalui autoplay (disable fungsi autoplay lebih bagus)

Jika anda ada cara yang lebih mudah, jemputlah berkongsi maklumat dengan kami.
Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments :

Fahmi said...

antivirus avg free boleh detect virus nie.... autorun kalo xleh delete care biasa, software "unlocker" boleh guna, freeware je.... lpas install, right click kat fail yg xleh delete then klik unlock all, then try delete.. kompem boleh delete, insyaallah......
-clubmembers of rakan cyber-

Anonymous said...

ko download yg ini je
http://www.4shared.com/file/EqwvlqV9/anti-virus_uitmpp.html

Anonymous said...

yup..unlocker leh gna utk delete AUTORUN.INF tu.

thx.

Anonymous said...

thx syam92x..
nanti saya cuba,kalo rajin saya promote kat fb leh??

penulis mls nak log in blog.hehe

Anonymous said...

update anti-virus uitmpp

http://www.4shared.com/file/Z0KtiE9C/anti-virus_uitmpp.html

rakansiber said...

SMARDAV pn ok gak