Rc Tour siri 1 di SMT Seberang Perai


anda nampak mizi???.hehe

Seronok!.Itu lah perasaan yang dapat kami gambarkan setelah seharian mengadakan aktiviti di Sekolah Menengah Teknik Seberang perai.

Rc Tour merupakan satu program jelajah kelab rakan siber ke sekolah-sekolah bertujuan memperkenalkan kelab Rc disana disamping mengajar adik2 di sekolah tentang dunia komputer.Didalam program ini, kami mengajar para pelajar sekolah mengenai teknik asas photoshop dan pengetahuan mengenai dunia siber disamping aktiviti-aktiviti lain.

Seramai 27 ahli Rc bertugas untuk aktiviti ini. Walaupun kebanyakkan daripada mereka baru pertama kali menjadi facilitator,namun komitmen yang ditunjukkan cukup memuaskan. Terima kasih di ucapkan kepada ahli Rc yang terlibat.Siapa sangka kelab yang selama ini diwujudkan hanya untuk menjaga makmal komputer mampu membuat aktiviti diluar 'dunianya'.

Sejarah bermulanya idea untuk melakukan aktiviti ini terjadi semasa kem Rc 1 di Pantai Kerachut semester lepas. Idea kumpulan saudara Hidayat Tamaai dilihat sebagai sesuatu yang mencabar dan unik untuk dilakukan. Lantas para Mt mencabar saudara Hidayat untuk mengetuai projek ini dan hasilnya, beliau berjaya melakukannya.

Tidak lupa kepada saudara saudara himki yang menjadi orang kuat semasa aktiviti ini dijalankan. Kepakarannya sebagai seorang guru photoshop memang sangat menakjubkan.
Juga kepada pada ahli yang lain, anda hebat-hebat belaka. Namun ada berita yang menyedihkan. kak miza tidak lagi bersama kita kerana berpindah ke tempat lain. Rc doakan beliau sukses dimana sahaja beliau berada.

kak miza (tengah)..TERIMA KASIH!

Kelab Rc ingin sekali merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah, Panitia elektrik dan pelajar-pelajar SMT seberang Perai kerana sudi terlibat dengan aktiviti ini.Sungguhpun kami 'mencuri' waktu cuti anda di kampung, namun semangat yang anda berikan cukup menggembirakan hati kami.

Anda memberi kami sebuah pengalaman yang indah. Diharapkan hubungan yang terjalin antara kita akan kekal selamanya.

Rc Tour pusingan kedua dan yang terakhir untuk semester ini akan dilakukan pada bulan hadapan. Pengalaman mengadakan Rc Tour yang pertama mengajar kami banyak perkara.
Sungguhpun pelbagai dugaan dilalui semasa hendak mengadakan aktiviti ini, termasuklah ada ahli yang basah lencun akibat hujan, namun aktiviti ini tetap dilaksanakan.

Banyak yang hendak diceritakan, banyak yang hendak ditunjukkan.Berikut sedikit sebanyak gambar semasa aktiviti ini dijalankan. Layari facebook rakan siber uitmpp untuk lebih gambar dan video (ultraman).



Program Rc Tour masuk majalah sekolah!



salah satu karya pelajar..

Jangan lupa temui kami di Rc Tour pusingan ke 2.

p/s- kita belajar apabila melalui sesuatu yang baru, sesuatu yang sukar. Semua ini akan menjadi suatu pengalaman iaitu guru kita.
Share on Google Plus

About Rakan Siber

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

2 comments :

naimZ said...

majalah skola? LOL~..
anyway aku nampak mizi..punye adik..
=0

mmg nice dpt dtg skola ni..
all the best for the next one..

Anonymous said...

aku bahagia di shah alam...