Perkara yang wujud tetapi tidak diketahui ahli RC

Lisa Surihani

Salam semua..Entri kali ini penulis akan menceritakan mengenai pelbagai perkara yang RC lakukan tetapi tidak diketengahkan untuk pengetahuan semua oleh sebab2 tertentu.Layann..

1.Majlis Anugerah RC (MARC)

Majlis anugerah Rc bertujuan mengiktiraf ahli2 yang berdedikasi dan cemerlang.Majlis yang ingin dibuat seakan majlis bintang popular (BPH) tidak dapat dilaksanakan buat masa sekarang. Mungkin para MT yang baru boleh memikirkannya kembali.Kertas kerja sudah ada dimana kita meletakkan 10 kategori pemenang.Apapun saya merasakan ini patut dibuat dalam perancangan jangka panjang.


2. Blog Rahsia RC

Blog rahsia ini sebenarnya blog yang mempunyai kata kuncinya. Asalnya RC mewujudkan blog ini sebagai medium dimana ahli boleh memberi sebarang maklumbalas dan menerima info sulit dari pentadbiran.Bukan semua perkara seperti perancangan,gosip,cadangan dan komen boleh dikemukakan secara terbuka.Medium yang hanya untuk ahli.Masih wujud blog ini tetapi tidak lagi di kemaskini.Servis ini dihentikan kerana melihat blog rasmi Rc sendiri yang masih kurang sambutan. Fb pula akan sentiasa muncul dengan servis baru, dan kami memutuskan untuk fokus di Fb.

3. Rangkaian sosial RC

Kita mempunyai rangkaian sosial sendiri dibawah servis ning.Pernah dicuba bersama krew kem pertama. tetapi perubahan yang tiba2 Ning lakukan iaitu dengan tidak membenarkan lagi servis secara percuma meyebabkan kita tidak lagi aktif disitu.

4. Chat live RC

Kita juga ada chat live sendiri seperti Ym.ketika ini para Mt suka meeting diluar.Jadi untuk mengurangkan masa meeting kita buat servis ini. Tetapi ketika meeting di ym pun tidak menjadi.Bertukar dari perbincangan kepada permainan pemberita kepala 3, maka kita tidak terus mencubanya.Masih wujud dan tidak perlu password akaun seperti ym, cuba anda perlu tahu no bilik chat untuk berbincang.

5. Forum RC

Kita ada cuba membuat forum untuk ahli bertanyakan soalan dan sebagainya.Tetapi apabila dicuba tidak menampakkan praktikalnya sekarang.Servis ini juga tidak diteruskan.


Banyak lagi sebenarnya dari web,pengurusan kerja dan lain-lain lagi.Rc banyak melakukan ekperimen siber semester lepas. Dah nama pun kelab siber.Dalam banyak2 perkara tersebut hanya zoho docs yang dilihat sangat berkesan kewujudannya.

___________

kepada yang bertanya kenapa ada gambar lisa surihani, itu sebab dia cantik dan untuk hasilkan cover yang cantik. Lagipun aku suka dia. haha.

sekian.

p/s-Banyak rahsia lagi tidak diketahui. : )
Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

6 comments :

キング Naim said...

aku igt sbb ad crew yg muke cam lisa ni...
chait!

Anonymous said...

ader ke..haha.

Anonymous said...

lol...aku ingat mnde la kena mngena ngan lisa surihani....

Unknown said...

penulis bg suspend je... hahahahahahaha....

Anonymous said...

pe laa korng nie,,,,hhahahahah-mntn Rc

Anonymous said...

ceh,aku ingt apew la tdi lisa ni boleh kait dgn rc.tipah tetipu!