Am
Kepada pembaca semua,inilah presiden anda yang baru iaitu saudara Amirul Jumain atau lebih dikenali sebagai Am.
Penulis: Apakah perasaan anda apabila dipilih sebagai presiden RC yang baru?
Am: Saya rasa akan bebanan yang bakal menimpa tetapi saya akan teruskan juga perjuangan pemimpin terdahulu.Mereka mampu buat,saya mesti lagi mampu.RC Rebranding adalah hala tuju saya bersama delegasi yang baru.
Penulis: Apakah yang anda ingin mula-mula lakukan untuk RC apabila bermulanya semester hadapan?
Am: Perkara pertama yang saya lakukan adalah memperkuatkan dahulu barisan kepimpinan dan memantapkan lagi keluarga RC.Saya melihat kekurangan ini pada semester terdahulu dan saya mahu kurangkan jurang pemisah antara ahli dan pimpinan RC. 1RC 1 FAMILY.ewahh..Penulis: Harapan saudara untuk MT baru dan seluruh keluarga RC?
Am: Harapan saya, marilah bekerja bersama saya dan bukan kerana saya.Semoga kita menjadi satu keluarga yang saling kenal mengenali dan saling hormat-menghormati .
Penulis: Dimanakah hala tuju RC dalam masa 5 tahun nanti?
Am: Saya amat yakin dengan prestasi yang membanggakan sekarang, RC dapat menarik ahli seramai yang mengkin.Tambahan pula RC meletakkan misi utamanya untuk menjadikan kelab RC sebagai kelab yang disegani di uitmpp. Lima tahun kita pasti mencapainya.Saya juga berharap dapat membuka cawangan kelab RC di Kampus utama Shah alam dan cawangan uitm yang lain.
Penulis: Saya dengar saudara ada menubuhkan satu servis RC Care.Apakah itu?
Am: RC Care merupakan satu pembaharuan pada semester hadapan. RC Care merupakan medium bagi mendekatkan diri antara MT dan ahli-ahli RC. RC Care lebih kepada jambatan untuk ahli-ahli bertanyakan masalah dan berkongsi pandangan. RC Care merupakan aplikasi atas talian seperti FB dan blog sebagai medium utama penyampaian maklumat.Saya berpendapat RC Care sangat penting kerana suara ahli-ahli amat penting untuk didengari. Mereka mempunyai banyak idea yang boleh diaplikasi.
Penulis: Bagaimana dengan delegasi baru RC?
Am: Mereka ini sebahagiannya adalah dikalangan ahli terlatih MT semester lepas.Mereka biasa bekerja bersama saya.Wujud keserasian disitu dan kesinambungan MT pada kali ini pasti terus bertahan sehingga AGM yang baru nanti.
Penulis: Boleh ceritakan sedikit kisah peribadi anda?
Am: Bagi saya ,lebih bagus saya menceritakan kisah bagaimana saya menyertai RC berbanding kisah peribadi.Saya bermula dari part 1 dan lebih cenderung kearah multimedia.Engineer pula sebagai satu profesion tetapi multimedia adalah cinta saya. Pada minggu Exkep saya diberi 3 pilihan kelab untuk disertai.Kelab pertama Chess dari fakulti sendiri,kedua kelab penyayang,dan ketiga RC. Ingin saya tegaskan disini kenapa saya memilih Rc,kisahnya bermula apabila saya berjumpa Afifi (mantan presiden lepas) dan bertanya apa best-nya kelab ini. Beliau menjawab kelab ini lebih kepada penggunaan software2 yang boleh edit video gambar.Hal ini membuatkan saya tertarik ke RC.Saya terus berminat menyertai RC.Tetapi apa yang sedikit saya kesali ketika AGM ialah kehadiran yang sedikit.Saya bertekad untuk menjadi aktif dan mengubah RC sejak itu.
Penulis: Sedikit ucapan untuk MT terdahulu?
AM: Saya mewakili semua MT baru mengucapkan berbanyak terima kasih kerana tunjuk ajar yang diberi.Pengalaman bersama anda tidak akan kami lupakan.Pendedahan tentang sistem pengurusan yang lebih teratur dan kemas cukup bermakna.Kami MT baru akan meneruskan visi dan misi RC disamping mewujudkan pembaharuan pada semester hadapan.
Penulis: Soalan terakhir saya, apakah pesanan saudara untuk semua ahli kelab RC?
AM: Saya sebagai presiden RC yang baru, mengharapkan kerjasama dari semua pihak dengan memberi komitmen penuh dalam menjayakan RC Rebranding.Semoga kita dapat bekerjasama tanpa sebarang masalah.Juga pesanan saya pada semua MT, never work alone.saya juga mengharapkan ahli-ahli memberi cadangan,komen atau apa sahaja tanpa segan silu.
_________________________________________________________________________
Begitulah temubual yang sempat penulis lakukan bersama presiden RC yang baru. Penulis meminta diadakan temubual ini bagi menunjukkan kepada ahli RC akan komitmen presiden anda semester hadapan.
Sekian.
P/s-Saya like.Nanti kita update senarai lengkap MT
1.
2 comments :
salam....saya amat meminati penulisan anda...gaya yang bersahaja menempakan anda begitu komitmen dalam penulisan blog...diharap...post2 sebegini dapat diteruskan...oh ya...sampaikan salam saya kepda MT2 baru...semoga mereka berjaya
Vaiouser..saya kenal anda.haha..thx
Post a Comment