Jika menurut pelan asal, minggu ini sepatutnya kem dijalankan tetapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan, kem kali ini terpaksa dipercepatkan. Selepas abis cuti raya pada 20 sept lepas, MT2 hanya mempunyai masa hanya seminggu untuk menyediakan apa yang patut untuk kem kali ini. Terima kasih kepada sedara Taufiq (TC) yang melawat tapak kem semasa cuti raya demi memastikan tapak kem sesuai untuk perkhemahan ini.
Perkhemahan kali ini dibantu oleh krew2 dari perkhemahan siri 1 di Pantai Kerachut semester lepas. Terima kasih kepada Acap siber,Wawan telur.Shahrul macho,Yaya torey,Fara obor2 dan Mira mirana. Tidak lupa kepada faci2 yang lain terutamanya Am selaku ketua faci dan Along yg akhirnya dapat ikut pergi kem jugak.
Saya suka hendak berterima kasih dengan menyebut nama mereka yang terlibat tetapi sekarang terasa malas la pulak.Jadi keseluruhannya saya mengucapkan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada mereka yang menjayakan kem kali ini.
Kem kom kali ini ialah sedara Tough Ahmad Nasrul.Beliau juga merupakan ketua projek untuk kem kali ini.Saya yang melantik diri sebagai wakil penasihat mengucapkan tahniah kepada abg Nas kerana berjaya melaksanakan kem kali ini.
Berbalik kepada topik asal.Monkey Beach (MB) sebenarnya merupakan pantai private menurut cerita TC dan bukannya milik kerajaan seperti Pantai Kerachut (PK).Jadi kemudahan fasiliti disini sangat kurang berbanding di PK.Memang "Back to nature" la berbanding PK dulu. Sungguhpun begitu pantai yang landai dan luas menjadikan MB sangat sesuai untuk kita ber'camping'.
HARI PERTAMA
Perjalanan secara 'hiking' mengambil masa 40-50 minit sahaja. Tetapi jika ada yang melenggang akan mengambil masa lebih sejam.Jalan juga senang dan kurang meletihkan berbanding ke PK.Harus diambil perhatian disini oleh sesiapa sahaja, kita tidak akan hiking pada waktu malam.Gila apa.Kebiasaanya kita akan sampai lewat di pintu masuk hiking.Jadi pastikan anda cepat jika terlewat. Harus diberitahu juga terdapat pengangkutan bot ke MB dengan caj Rm 5 hengget.
Kami sampai di Tapak Kem agak lewat pada hari itu,tetapi nasib baik saudara Am dan konco2nya yang menaiki bot untuk memunggah barang di tapak kem telah memasang khemah lebih awal.Sampai2 disana ramai jugak yg terkejut dengan tapak kem kali ini.Kami berpusat di tengah-tengah dua banglo kosong!. Tetapi memang itu tempat yang terbaik pun,dekat dengan tandas yang canggih dan jika hujan kita akan berteduh di banglo tersebut.
Malam pertama ketua faci memainkan perananya dengan modul2 yang dirancang.Sementara itu,Chef kita saudara TC dengan bunganya menyediakan BBQ.Penulis pula membuat-buat sibuk dimana-mana sahaja agar tidak dipanggil untuk membuat kerja.Sangat Pandai..Malam itu juga peserta berkenalan dengan faci2 dan beramah mesra. Tapi tidak lama selepas itu penulis digemparkan dengan berita presiden afifi gamer bersama kuala kawannya ingin pulang ke Uitmpp esok pagi untuk menghadiri ppkp dan datang semula petang esok.Sangat terharu.Itulah ahli2 baru memang tak nampak sangat presiden sibuk buat kerja, tetapi beliaulah orang kuat belakang tabir dan merupakan penyedia pengankutan utama para MT.Hari pertama berakhir disini sahaja.
HARI KE-2
senam pagi
Masuk hari kedua dengan sandwich yang cukup lazat. Sebelum sarapan peserta bersenam mengikut gaya RC dengan dipandu oleh saudara acap siber,Shahrul macho dan topeq suksis.Kita ada dua topeq dalam RC.Seorang MT lama iaitu TC, lebih dikenali topeq masak semasa di kem. Seorang lagi tu topeq suksis.Tetapi semasa luar kem ada panggil topeq hensem/putih atau 'topeq lagi satu'.
Berbalik kepada hari kedua, selepas sarapan peserta.. basuh pinggan. Sementara itu trio kita yaya torey,fara obor2 dan mira mirana menyiapkan persiapan game Explorace. Macam2 gelagat peserta semasa explorace..penulis pulak masa ini terpaksa menjaga dapur bersama abg nas kerana sudah ada gangguan monyet. Mereka telah berjaya mencuri biskut kita dan merasa baki tuna dalam periuk.Selake betol. Selepas chef kita datang kembali untuk memasak, penulis menghasut abg nas untuk ke muka head. Agak kelakar namanya dan kami bergerak kesana sementara peserta bersama mr Am dengan modul2nya.Agak letih menaiki ke muka head. Dua kali kami berhenti dan berfikir sama ada hendak teruskan atau berpatah balik.Dalam perjalanan kami terjumpa satu family dengan anak2nya dalam 5 org yg mungkin berumur dalam 5-7 tahun turut hiking. Ayahnya pula hiking sambil mendukung anaknya.Gila ahh..dan akhirnya kami sampai.
Sangat menarik pemandangan dari rumah api muka head. Hanya ada 11 rumah api di Malaysia ini untuk pengetahuan pembaca. Oleh kerana terlalu nyaman oleh angin2 laut, kami tidur diatas menara selama sejam.Itupun sebab penulis kejutkan kem kom, kalo ikutkan hati nak tinggal ja,tapi nak turun balik sorang2 takut pulak. Kami pun pulang dengan hati yang gumbira dan berfikir esok mesti bawak budak2 mai muka head.Petang adalah sesi pengurusan bersama Azrul.Kemudian ada sesi simulasi borang c yang diadili aoleh Azrul,Yaya Torey dan TC.Sesi petang berakhir dengan mandi laut.
mandi laut
Malam pula diadakan sesi malam kebudayaan.Para peserta berlakon dan diadili oleh trio kita bersama topeq suksis.kita ada merakam lakonan mereka tetapi suasana gelap..agak sukar nak lihat..tetapi kita akan cuba brightness-kan nanti.Selepas itu kita menyanyi dengan gitar dimainkan sedara Bino.Mula2 penulis ingat nama dia Albino..dok pikir kat mana yg putihya.kemudian kita ada sesi orang hilang...Bino cukup pandai berlakon..dia juga pandai bermain muzik.Jika ditakdirkan dia menjadi artis nanti..leh la kita berbangga sebab pernah p kem ngan dia.haha..Hari kedua berakhir selepas peserta di marah2 dan kemudian berbaik semula.Oh yaa..presiden sampai pada pukul 9 lebih dengan menaiki bot dan beliau sempat membuat persembahan hebat untuk peserta.
reaksi peserta kem..
HARI KETIGA
peace..ana dah balik
Pagi hari ketiga kami makan bihun.Kemudian peserta bersenam seperti biasa.Selepas itu ada sesi permainan ape ntah (sori am lupa) anjuran ketua faci. Tapi tidak lama kerana kem kom bersama penulis ingin mencuri masa aktiviti am untuk membawa pelajar ke muka head. Hal ini tidak terdapat dalam perancangan dan sedikit sebanyak menjejaskan modul ketua faci. Apapun peserta ke muka head juga bersama presiden.Kem kom dan penulis tak larat dah nak pi. Selepas peserta kembali,kita adakan sesi penyampaian hadiah dan penutup.Peserta balik dengan menaiki bot dan ada juga nak hiking. Penulis hiking la..bersama sebahagian peserta,kem kom,presiden dan orang yg paling semangat nak hiking..Yaya Torey.Rasanya cukup disini..gambar nak tengok banyak2 fb la.
TERIMA KASIH KEPADA PESERTA KERANA SUDI MENGIKUTI KEM INI,DAN KEPADA MEREKA YANG MENJAYAKAN KEM INI.MIZI JANGAN JELES.
TAMAT
P/S-Dari apa yg penulis nampak..maaf kalo karangan cam ntah ape2. i have no law, juzt lulz.
4 comments :
artikel yg mnarik...review aktiviti kat kem...thanx to u...
ni pon review pasal kem gak....
>> http://fina354.blogspot.com/2010/09/kesibukan-kelab-test-dan-final-exam.html
artikel yg menarik.. kem di MB mmg sempoi...
thx..sem depan buat lagi..jgn x p..;)
Post a Comment