Selamat bertugas MT baru, Selamat tinggal MT lama.

 Bka 3.16..tempat berlangsungnya AGM

 Salam 1RC..malam tadi telah berlansungnya AGM bagi melantik ahli majlis tertinggi RC sesi 2011 yang baru.Makluman untuk mereka yang belum tahu, MT merangkumi Presiden hinggalah kepada ketua biro dan AGM tu Mesyuarat Agong la.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang terpilih.Pemilihan kali ini tidak dicemari dengan pergaduhan atau undi hantu.AGM kali ini cukup bersih tanpa rasuah/politik wang dan cakap belakang.

Calon2 yang memenangi perlimen,dun atau jawatan masing2 merupakan wakil2 RC yang cukup berkaliber.Mereka merupakan bakal pemegang ijazah walaupun ada yang repeat paper satu dua.Kepada MT baru, anda tidak perlu risau mengenai pembelajaran anda apabila aktif dalam kelab kelak.Jika anda ikut apa yang MT lama sediakan, anda tidak akan lelah.

 Poster AGM

Pada AGM kali ini, tidak ramai yang dapat hadir kerana ada yang test esok.Apapun AGM berjalan dengan lancar dan penuh gelak ketawa.Sebelum pemilihan kami disajikan dengan montaj baru Am, cukup gempak..nanti korang tengok la kat fb.

Identiti MT2 baru pula tidak didedahkan disini sekarang atau dalam masa terdekat ini, tapi penulis rasa kat fb mesti bocor dlu nanti.haha.Penulis baru akan update siapa MT baru kat blog ni.

Kepada MT lama termasuk penulis sendiri, terima kasih kepada jasa anda selama ini.Kita adalah lagendaries RC. Afifi Gamer,Nas Tough,Topeq-cool,Azrul je dan Along Bukit beluntong kini kita jadi alumni RC dan patut berbangga dengan apa yang telah kita lakukan untuk kelab terchenta ini. Tak lupa kepada Dodo dan Nutt, MT lama yang selalu tertinggal sebab ada yg lupa msg.Thx untuk korang jgk!.Sem depan jangan lupa p kem k.

Semasa AGM berlangsung kita dimaklumkan mengenai hajat seorang MT untuk melanjutkan pelajaran ke Uitm Shah Alam semester hadapan.Agak sedih kerana kita kekurangan seorang ahli keluarga yang cukup berdedikasi.Kita doakan beliau berjaya.Amin.

Kepada MT baru anda adalah pemimpin baru keluarga RC.Pandulah kelab dengan sebaiknya, jagalah keluarga ini dengan sepenuhnya.Saya suka berpesan yang anda mesti mempunyai 'vision', bukan sekadar menyambung apa yang MT lama buat. Anda mesti lagi bagus dari kami.Saya lihat para MT kali ini cukup mantap.Rasa tenang apabila melepaskan jawatan RC.

Semester ini perjalanan kelab kita mungkin agak slow,segala kekurangan adalah kekhilafan MT lama sendiri.Mungkin terlalu bz dengan proposal bisnes RC, maen game,layan awek dan sebagainya. Kami memohon maaf jika terlalu banyak memberi arahan,marah2 dan sebagainya.

Itu sahaja,penulis nak buat keje laen..jumpa lagi!

SELAMAT BERTUGAS MT BARU, TERIMA KASIH MT LAMA! 

p/s-Mizi,norm,acap..welcome us to your club..
      kalo korang jumpa 'read more' selepas p/s, itu tipu je..kesilapan code.p/s penanda akhir artikel. 
Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

4 comments :

User Acer said...

Tahniah Semua!!!

Anonymous said...

wlcome to the alumni RC club...haha-mizi

cekLAt said...

kesal la jugak ramai x tahu ade AGM..patot announce awal2..
MT baru.. take note eh..

Unknown said...

Sori cekLat..kita kejar masa.Nak tempah dewan, tapi dah penuh..aritu ader inform kat MT sruh gtau bdak2 krew 1.tapi mungkin dia lupa.Kita juga memang tak wajibkan geng part 1.

Okeh MT baru akan amik perhatian.Terima kasih.