Selamat Belajar dan Bercuti Semua ;)

Salam semuanya.

Ini merupakan artikel terakhir bagi semester ini.Semester hadapan perjalanan kelab akan jadi lebih mantap dan rancak. Kepada semua ahli pastikan anda sentiasa alert pada info2 yang diberikan.Biasanya apabila bermula awal semester Rc akan mencari promoter2 kelab untuk minggu Exkep. Sesiapa yang berminat boleh la berangan sekarang.Dengar kata booth kita nanti akan berwajah baru..harap presiden baru tak gebang aku la.haha

Masa Exkep kita biasa menang pertandingan montaj,No 2 pertandingan aturcara majlis dan ape lagi ntah. Itupun pada semester lepas.Semester ni pertandingan sedemikian takder dah..tukar dengan puisi jawi la..dan macam2 lagi yang kita tak menang. Sedih jugakla..TC tertido sebab penat buat tanglong dan kami penat jaga booth. Presiden sem lepas sibuk dengan pertandingan PS2 dan Tekken dia. Bagus kita beri variasi pada minggu Exkep

Semester hadapan kita munculkan kembali pertandingan fotografi. Aku suka pertandingan ni sebab dari sini kita dapat lihat bakat fotogari2 Uitmpp. Aku kenal sorang dua yang berbakat tapi mereka tak masuk kerana bajet hebat dan bagi alasan bagi chance kat orang lain la.Poyo la korang. Aku tujukan ini khas untuk kawan2 aku.Harap terasa.haha

Kem ada lagi..kita nak cari bakat2 baru ala2 imam muda gitu. Kem yang diberi nafas baru dan pastinya lagi best. Diharapkan penyertaan lebih ramai berbanding sebelumnya dan jangan merajuk jika ada yang tidak dapat pergi.

RC Tour season 2 ada juga..muncul dalam bulan februari rasanya.Apapun semua aktiviti ini sedang dipohon dan diharap lulus.Mengenai aktiviti sampingan akan dimaklumkan kemudian.

Sempena minggu belajar ni marilah kita belajar sungguh2.Kelab RC mendoakan kejayaan korang semua.AMIN.

Selamat Menduduki Peperiksaan dan Selamat Bercuti.
Blog pun bercuti.

Sekian.


p/s-cukup sampai sini.Kita pasang lagu sempena cuti ni.
Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :