Cara Anda Mencegah Virus.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sudah berapa lama laptop anda bersih dari virus?. Bagaimana anda mencegah laptop anda dari virus?. Ramai diluar sana yang pandai-pandai tetapi apakah cara yang populis anda gunakan?


Biasanya apa yang penulis dapati,rata-rata pengguna bersandarkan kepada antivirus yang kuat semata-mata. Contohnya yang paling popular di UiTMPP ialah kaspersky. Memang diakui kaspersky cukup terbaik dalam menangani ancaman virus ini. Tak payah pening-pening kepala. Cuma bayar  RM 45 misalnya dan anda dapat perlindungan sekuriti terjamin selama setahun.


Berdasarkan pengalaman, penulis boleh simpulkan sebanyak 90% virus yang menjangkiti pengguna adalah berasal dari pendrive. Selebihnya dari internet iaitu kebanyakkanya dari jenis spyware.


Bagi pengguna yang tidak mahu membazir wang, mereka gunakan Kaspersky versi crack yang kadang kala memberikan perlindungan selama beberapa tahun. Tapi versi ini tidak selalunya bertahan lama apabila antivirus dikemaskini. Bila key dah 'invalid' kena masuk key lain. Leceh begini.


Sebenarnya virus yang datang dari pendrive senang hendak dibuang, gunakan antivirus versi percuma pun dah cukup. Cuma rajin update dan scan pendrive anda dahulu. Penulis dapati ramai pengguna cukup malas hendak scan virus dahulu. Kelemahan antivirus percuma ini ialah kadang kala ada sekor dua yang dia tak dapat buang. Disini datangnya cara membuang virus secara manual. Anda boleh gunakan software ciptaan syam92x untuk cara ini.Rujuk artikel lepas.

Sekarang ini ada dua jenis virus yang selalu penulis jumpa di laptop pelajar UiTMPP.Satunya dari variasi virus shortcut, kedua dari win32/sality iaitu virus yang merosakkan fail .exe anda. Semua virus ini boleh dibuang menggunakan Microsof Security Essential yang penulis gunakan. 

Bagi keselamatan di internet, gunakan browser firefox atau google chrome sahaja. Jangan layari web yang bukan-bukan dan jangan 'download' software dari web yang diragui. 

Sebenarnya cara untuk mencegah virus bukan datang semata-mata dari jenis antivirus yang anda gunakan,tetapi pengetahuan anda. 


Mari berkongsi dengan Rakan Siber bagaimana anda mencegah virus. Begini kita boleh mengajar orang lain juga.





Share on Google Plus

About Rakan Siber

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

5 comments :

キング Naim said...

instead gunekan pendrive atau external hard disk, simpan brg2 dlm cd or dvd. lebih selamat.

@reL™ said...

mmg benar guna cd or dvd virus hampir 10% sje yg ader..(berdasarkan pengalaman)
skunk nie..better kaspersky n bitdefender... kalu bit defender arel blh bg crack keygen..
itu semua arel akan update kat blog..
so follow lar..
=D
anyway..arel ske pakai microsoft security essential kerana mudah n blh membenarkan virus seperti keygen..tp kena alert ar..
kena rajin2 scan virus...
ok..?
=)
ini yg arel blh kongsi..
penat nak taip byk2,,,
nak update blog lagi..bru bt..
hehe..
=D

Anas Saufi said...

use open source instead

Anas Saufi said...

naim, menggunakan cd tak menjamin virus tak masuk

let say kalau nak burn dvd, kita copy satu folder

dan dalam satu folder tu, ada la virus

lepas tu kita burn

lagi sakit, sebab benda yang dalam dvd tak boleh dipadam

Anonymous said...

haha. blog RC ni agak sedikit pelik, bkn pelik mana pn. cme, klau di teliti dgn cermat, cm byk pula sebutan "syam92x". siapakah gerangan "syam92x".