Cara Membuang Overlay Dan Pop-Up pada Laman Web

Dengan satu click pada extension, overlay seperti diatas akan terpadam

Kadang-kala, ketika melayari sesuatu web, mungkin anda akan menemui beberapa overalay ataupun pop-up yang meminta anda untuk Like, melanggan emel, dan beberapa yang lain. Perkara ini mungkin tidak menyukai beberapa pengguna, yang ingin membaca dan melihat kandungan terlebih dahulu sebelum membuat perkara lain.

Untuk mengatasinya, sekiranya anda pembangun mungkin biasa menggunakan kaedah melalui fungsi 'Inspect Element' di pelayar web, dan beberapa kaedah yang lain.

Kini, untuk memudahkan, salah satu pemalam yang agak berguna untuk extension pada Chrome dan Firefox adalah BehindTheOverlay. Sebaik sahaja anda memasang pemalam ini pada pelayar web anda, ia akan menambah sebuah butang khas, yang mana anda boleh klik untuk menyembunyikan semua popup dan overlay yang dipaparkan pada sesuatu laman.

Cara lain juga selain menggunakan extension ini adalah dengan Right click > Inspect element dan kemudian Select All dan pilih Delete

Download link (Chrome): Behindtheoverlay
Download link (Firefox):  Behindtheoverlay

Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :