Kalkulator telefon pintar - Imbas pakai kamera untuk dapatkan jawapan matematik

Perlukan sedikit bantuan untuk menghadapi ujian matematik akan datang? MicroBlink mempunyai sebuah aplikasi yang boleh membantu anda belajar dengan lebih berkesan. PhotoMath yang baru diumumkan untuk iOS dan Windows Phone (Pengenalan untuk versi Android adalah pada awal tahun 2015). 

Aplikasi ini menggunakan kamera telefon pintar anda untuk mengimbas persamaan matematik dan ia memerlukan sokongan rangkaian internet untuk berfungsi. 


Selain itu, aplikasi ini bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah matematik tetapi juga mampu menunjukkan langkah-langkah yang terlibat. Secara tidak langsung, kemudahan seperti ini dapat menjimatkan masa anda mencari buku teks untuk menyemak jawapan apabila anda melakukan kerja rumah. 

Pengenalan aplikasi ini juga akan merancakkan penggunaan telefon pintar sebagai kalkulator dengan fungsi grafik. Mungkin juga akan menjadi pengganti kepada kalkulator tradisional yang sering dipakai pelajar sekarang.


Walau bagaimanapun, terdapat kebimbangan bahawa aplikasi ini akan merencatkan proses pembelajaran disebabkan pelajar akan sewenang-wenangnya menyalahgunakan untuk meniru atau tidak mahu mengira matematik. Hal ini sewajarnya para guru di sekolah-sekolah mungkin perlu berwaspada terhadap anak murid mereka pada masa akan datang agar tidak menggunakannya sewenang-wenangnya.

Setakat ini, aplikasi ini terhad kepada beberapa formula sahaja tetapi akan ditambah banyak lagi pada masa akan datang.

Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :