Microsoft ingin membuka pusat data di Johor


Perkembangan dunia internet dan penggunaan data secara meluas, membuatkan salah satu perkara yang menjadi fokus adalah pembangunan pusat data di rantau-rantau ramai pengguna untuk memberikan akses yang lebih pantas.
Terkini, Microsoft dilaporkan dalam perbincangan awal untuk membuka sebuah pusat data di Sedenak, Kulaijaya.
Perbincangan masih pada peringkat awal dan sekiranya berjaya, Microsoft akan melabur sekitar RM5 bilion ke RM6 bilion untuk membangunkan pusat data tersebut.
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan negeri mengharapkan keputusan yang baik dari Microsoft berhubung perkara ini.
“Kami masih menunggu jawapan yang positif daripada syarikat gergasi tersebut dan mengharapkan keputusan yang terbaik akan diperoleh bagi kedua-dua pihak,” katanya, memetik laporan The Star.
Sebelum ini, MDeC dilaporkan pernah cuba menarik Microsoft untuk membuka pusat data di Cyberjaya, tetapi Microsoft dilihat lebih berminat untuk melabur di Johor memandangkan lokasinya yang berdekatan dengan Singapura.
Sekiranya perbincangan ini terhasil, maka kita akan dapat melihat impak positif dari segi ekonomi dan teknologi, di samping mungkin menarik lebih banyak syarikat lain untuk turut serta membuka pusat data di Malaysia.
Sumber: thestar
Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :