AeroMobil - Kereta yang boleh diterbangkan ke udara



VIENNA: AeroMobil, sebuah syarikat pemula diterajui dua usahawan Juraj Vaculik dan Stefan Klein, memperkenalkan kereta yang mampu terbang sejauh 700 kilometer dengan satu isian tangki penuh.


Mengikut usahawan berkenaan yang mempamerkan kereta terbang mereka di sini minggu ini, kenderaan berkenaan boleh dipandu di jalan biasa dan apabila mencapai jarak terbuka sejauh 200 meter, membuka sayang dan terbang.


Kenderaan dua tempat duduk itu beroperasi menggunakan minyak biasa di pasaran. Ditambah dengan keupayaannya untuk berlepas daripada kelajuan darat 130 kilometer sejam, maka ia tidak perlukan lapangan terbang.

"Mungkin ada yang fikir ia adalah mainan kanak-kanak," kata Vaculik yang juga Ketua Pegawai Eksekutif AeroMobil di Festival Pelopor, persidangan tahunan bagi syarikat pemula yang sedang berlangsung di sini.

Idea untuk menggabungkan kapal terbang dan kereta sudah tercetus sejak 1917 apabila Curtiss Autoplane memperkenalkan kenderaan mereka di suatu expo di New York. Bagaimanapun, jangkaan mengenai sebuah kereta masih diselubungi misteri hingga kini, seperti juga harapan orang ramai untuk mempunyai robot yang boleh membantu membuat semua kerja rumah.

Dalam pada itu, walaupun jika AeroMobil dapat membangunkan sebuah kereta terbang yang selamat, boleh diharap dan mampu dimiliki, memasarkannya ke pasaran juga bukan mudah.

"Pihak berkuasa setakat ini belum lagi boleh menerima kemungkinan sebuah kereta pelik seperti jentera makhluk asing dari Slovakia berlepas daripada mana-mana lebuh raya," kata Vaculik. Pada festival itu, Aeromobil sekadar memainkan video bagaimana kenderaan itu diterbangkan di skrin besar di belakang model kereta terbang itu dipamerkan dengan sayap terbuka penuh.

Vaculik yang agak kecewa kerana tidak dapat permit untuk membuat penerbangan ujian pada festival itu, bagaimanapun yakin dapat menjual kenderaan itu di negara yang mempunyai dasar lebih terbuka seperti Australia, Brazil dan beberapa negara Asia Barat. Untuk mendapatkan kereta terbang itu, Vaculik berkata, pembeli perlu membayar harga sebuah kereta super mewah ditokok dengan harga sebuah pesawat kecil. 


Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :