PIKOM : Harga Internet Di Malaysia Perlu Diturunkan

Harga langganan internet merupakan salah satu perkara yang sering dirungut oleh para pengguna, dan kini dilihat pengerusi Persatuan Industri Komputer dan Multimedia Malaysia (PIKOM) turut menekankan perkara sama.
PIKOM dipetik mengatakan yang mana harga langganan internet di Malaysia perlu diturunkan, memandangkan akses internet telah menjadi salah satu keperluan masyarkat pada masa kini.
Pada masa yang sama, PIKOM turut mengatakan yang mana kualiti perkhidmatan perlu ditingkatkan, memandangkan ramai pengguna mengatakan yang mana mereka tidak mendapat perkhidmatan selari dengan harga yang dibayar mereka.
Secara kasarnya, harga purata jalur-lebar dan langganan internet yang dibayar adalah sekitar RM79 ke RM133, yang mana boleh dikatakan agak mahal berbanding beberapa negara lain.
Bagi kami sendiri, yuran langganan yang dibayar boleh dikatakan agak mahal, berbanding dengan penawaran yang diterima. Walaupun terdapat beberapa penyedia seperti ABNxcess dan Symphonet yang menyediakan langganan pada harga murah, namun ia dilihat mereka tidak menawarkan perkhidmatan secara meluas, dan terdapat beberapa pengguna yang mempertikaikan kualiti perkhidmatan mereka.
Harga langganan yang rendah juga dilihat akan membolehkan lebih ramai pengguna baru untuk melanggan dan mempunyai akses internet, sekaligus mempertingkatkan industri digital di Malaysia.
Sumber: Amanz
Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :