Lenovo mengambil alih Motorola dari Google

Lenovo telah menyatakan mereka akan mengambil-alih Motorola daripada pihak Google sebelum ini, dan hari ini transaksi tersebut diselesaikan sepenuhnya. Transaksi berjumlah $2.91 bilion ini telah diumumkan pada awal Januari lepas, dan dilihat telah mendapatkan pengesahan kesemua pihak.
Lenovo Motorola
Kini, Motorola yang beroperasi sebagai sebuah syarikat subsidiari Lenovo akan terus beroperasi secara berasingan di Amerika Syarikat. Jenama Motorola akan terus digunakan, dan Motorola mengatakan mereka akan terus memfokuskan kepada platform Android bebas daripada sebarang tema, serta kemaskini pantas kepada pengguna.
Lenovo kini mempunyai beberapa syarikat dibawah mereka yang menawarkan peranti mudah-alih, dimana selain daripada Motorola, mereka turut mempunyai Medion. Pihak Lenovo juga sebelum ini telah mengumumkan yang mana akan hadir dengan sebuah syarikat baru yang memfokuskan kepada jualan melalui atas-talian dan penawaran terus kepada pengguna seumpama Xiaomi pada awal tahun hadapan.
Pengambil-alihan ini juga turut memposisikan pihak Lenovo sebagai pengeluar peranti ketiga terbesar ke dunia, sekaligus memberikan saingan positif kepada pihak Samsung dan juga Apple.
Sumber: lenovo
Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :