SKMM Kaji Untuk Memberi Rebat Kepada Pengguna Yang Mengalami Masalah Talian Terputus

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sedia mengeluarkan kompaun beberapa kali terhadap syarikat telekomunikasi disebabkan sering mengalami masalah talian terputus ketika membuat panggilan dan sebagainya. Kini, ia dilihat pihak SKMM sedang mengkaji kemungkinan untuk memberikan rebat terus kepada para pelanggan yang mengalami masalah tersebut. 
Talian terputus ini sering dihadapi di sesetengah kawasan, selain turut dihadapi pengguna yang membuat panggilan ketika sedang bergerak. Salah satu sebab yang sering dikatakan adalah kerana perubahan sambungan rangkaian menara pemancar dan kurangnya kawasan liputan oleh penyedia rangkaian.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia mengatakan sebanyak 1000 menara telekomunikasi baru akan dibina untuk memperluas kawasan liputan dan memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pengguna.
Buat masa ini, ia masih pada peringkat kajian, dan tidak diketahui lagi bagaimanakah perkara tersebut akan diimplementasikan oleh SKMM. Pada hari ini, terdapat beberapa penyedia yang memberikan rebat atau promosi khas apabila rangkaian mereka menghadapi masalah untuk tempoh melebihi 24 jam.
Sumber: BERNAMA
Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :