Korea Selatan umumkan rangkaian 5G seawal tahun 2020 - Kelajuan internet 1000 kali dari rangkaian 4G LTE


Tatkala pengguna mobil internet di Malaysia 'berperang' dengan pelbagai pelan internet dan juga kuota, syarikat gergasi luar negara telah pun mula menguji cuba internet berkelajuan tinggi 5G. Meskipun tiada standard yang ditetapkan kepada 5G, namun dikatakan kelajuannya adalah 250 kali lebih laju dari 4G!

Baru-baru ini, syarikat Ericsson mengumumkan bahawa mereka telah berjaya melakukan pindahan data pada kelajuan 5Gbps dalam satu ujian makmal. Ini bermakna kelajuan tersebut telah melepasi kelajuan Google Fiber Internet pada 1Gbps.


Secara teorinya, dengan kelajuan sebanyak 5Gbps, video bersaiz 50GB hanya akan mengambil masa sebanyak 80 saat sahaja untuk dimuat turun!


Walaupun ternyata, kelajuan ini belum mampu menjadi realiti dalam tempoh tahun terdekat ini, akan tetapi nampaknya menjelang 2020 ia seperti dapat direalisasikan, asal saja syarikat penyedia servis internet (ISP) dan juga MVNO (Telco) bersedia untuk melabur dan mengorak langkah bagi menyediakan infrastruktur internet yang lebih moden kepada pengguna.




Sumber: omghackers
Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :