Stream lagu baru & terkini hanya di MIxRadio - Satu klik dan 'semua lagu' dapat didengari secara offline

Music streaming servis sejak akhir-akhir ini kini lebih memberi tumpuan kepada radio peribadi dan kini, Nokia adalah salah satu daripadanya dengan pengenalan Nokia Music yang diberi nafas baru dan kini dikenali sebagai Nokia MixRadio
Dengan mengemaskini aplikasi ini di platform Windows Phone, aplikasi ini jelas menekankan kepada senarai lagu untuk dimainkan secara peribadi. Aplikasi terbaru ini juga membolehkan anda menggunakan fungsi Thumbs Up dan Thumbs Down serta berkongsi lagu secara terus ke Facebook, Twitter mahupun SMS.
MixRadio, ia merupakan salah satu perkhidmatan penstriman muzik percuma daripada Nokia, yang hadir tanpa sebarang kos langganan ataupun memaparkan sebarang iklan melaluinya. Pengguna juga turut boleh menyimpan sesuatu lagu untuk mendengar secara offline melalui perkhidmatan Mix Radio ini.
Aplikasi ini juga didatangkan untuk versi komputer pada platform OS WIndows 8.1 dan boleh dimuat turun melalui Windows Store.
Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :