Microsoft agak lewat sedikit menyertai perlumbaan laptop berspesifikasi rendah mampu milik, namun hasil perubahan strateginya ia berjaya membantu pengeluar laptop melahirkan produk agak menarik. Asus EeeBook X205 adalah salah satu laptop yang dijual pada harga tablet.
Asus EeeBook X205 Akan Memasuki Pasaran Tempatan
Asus EeeBook X205 adalah sebuah laptop mampu milik yang dilengkapi skrin 11.6 inci dengan resolusi 1366×768 dan pemproses Intel Bay Trail-T Atom Quad-Core 1.33GHz Z3735 dengan 2GB RAM. Ia juga dilengkapi keyboard penuh dan trackpad.
Terdapat pilihan ruang storan 32GB dan 64GB di samping kebolehan untuk mempertingkatkan jumlah setoran dengan slot kad Micro SD yang menyokong kad dengan kapasiti 64GB. Di samping itu terdapat dua port USB 2.0, micro HDMI dan jek microfon/headphone. bateri 38Whr padanya boleh bertahan selama 12 jam. Ia mempunyai berat 0.98kg dan ketebalan 17.5mm serta dilengkapi kamera VGA untuk membuat panggilan video.
Asus EeeBook X205 menjalankan Windows 8.1 dan didatangkan dengan langganan percuma Office 360 selama setahun. Jika storan menjadi isu, ia didatangkan dengan 1TB ruang storan OneDrive percuma di samping 500GB ruang storan Asus WebStorage menjadikan jumlah ruang storan cloud sebanyak 1.5TB.
Laptop ini berharga RM 699 untuk versi 32GB dan RM799 untuk versi 64GB dan didatangkan dalam warna emas, putih dan biru tua. Ia akan mula dijual pada bulan Mac ini.
Walaupun lewat, laptop sebegini adalah japawan Microsoft kepada Chromebook yang menyasarkan kumpulan pengguna yang hanya berminat untuk membuat kerja-kerja produktiviti pejabat, melayar web dan menonton video. Walaupun pada pandangan pertama ruang storan dalamannya sedikit dan kelihatan tidak begitu berguna, jika anda bijak menggunakannya, ia memang jauh berbaloi berbanding Chromebook.
Sumber: techkini
0 comments :
Post a Comment