Permainan PS One Pada Peranti Android Wear

Walaupun tidak praktikal, ada satu tarikan tertentu dengan bermain permainan video pada peranti yang tidak sepatutunya. Kami pernah melihat permainan video Doom digodam untuk dimainkan pada skrin LCD printer (percaya atau tidak?) dan kini permain PS One pula digodam untuk dimainkan pada peranti Android Wear.
Permainan PS One

Permainan PS One Pada Peranti Android Wear

Seorang pengguna Youtube telah berjaya menggodam Android Wear untuk melarikan permainan PS One pada peranti Android Wear. Permainan yang telah dicubanya pada jam tangan pintar Android Wear kali ini ialah Croc: Legend of the Gobbos.
Metodnya mudah sahaja, teknologi hari ini, walaupun hanya sebuah jam tangan pintar, mempunyai spesifikasi yang lebih maju berbanding konsol permainan video 20 tahun lepas dan aplikasi PS One Emulator untuk Android nampaknya cukup mantap untuk menjalankan tugas menjalankan permainan PS One pada peranti Android Wear.
Memanglah tidak praktikal untuk bermain permainan video pada skrin 1.5 inci, namun marilah kita menikmati persembahan ini dan tinggalkan persoalan tersebut untuk kemudian hari.

Sumber: techkini
Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :