Perniagaan Sony Makin Merudum

Sony mengumumkan ia akan memisahkan divisyen audio dan video, menjadikan divisyen itu syarikat tersendiri, sepertimana ia lakukan kepada divisyen TVnya tahun lepas. Buat masa sekarang ia tidak akan memperlihatkan banyak perbezaan di mana Sony masih akan mengeluarkan TV dan peralatan audio video dikeluarkan syarikat yang dipisahkan itu.
Sony Xperia Z4 Ultra
Pemisahan divisyen audio video dari syarikat utama Sony mungkin tidak membawa banyak perubahan kepada pengeluaran produk audio video berjenama Sony, namun dalam realiti jangkamasa panjang, CEO Sony Kaz Hirai yang menjanjikan syarikat Sony yang bersatu, nampaknya sedang memisah-misahkan syarikat tersebut dah kemudian menjualnya.
Divisyen Sony VAIO telah dijualnya tahun lepas dan baru sahaja mengumumkan laptop hibrid pertamanya sebagai satu syarikat sendiri. Kini Hirai mengumumkan kepada pelabur Sony bahawa dia terpaksa menimbang untuk memisahkan divisyen telefon pintarnya dan mungkin mejual terus divisyen TVnya.
Menurutnya lagi, Sony kini tinggal dengan 3 perniagaan asas yang dijalankannya:
  1. Sony Pictures Entertainment, studio Holywood yang kurang berjaya dan baru sahaja memecat Amy Pascal, pengerusi bersamanya akibat skandal penggodaman yang dahsyat tahun lepas.
  2. Divisyen Sony Playstation yang setakat ini sedang mendahului pelumbaan konsol permainan video generasi baru namun masih belum mengumumkan strategi permainan video mudahalih yang jelas.
  3. Penjualan sensor kamera kepada Apple untuk digunakan pada iPhonenya.
Item terakhir itu memang benar. Perniagaan terakhir yang masih dipegang kuat Sony adalah penjualan sensor kamera dan sebab utamanya ialah Apple menggunakannya dalam iPhone keluarannya. Di samping itu, sensor kameranya juga digunakan dalam pelbagai telefon pintar berspesifikasi tinggi kecuali Samsung yang menggunakan sensornya sendiri.
Harus diingat bahawa tiada syarikat yang menjual telefon pintar sebanyak iPhone dan Samsung.  Ini bermakna jika Apple mengambil keputusan untuk menukar pembekal sensor kameranya, atau membangunkan sensornya tersendiri, perniagaan ketiga itu berkemungkinan tinggi akan lingkup.
Agak menghampakan kerana syarikat tersebut pernah menjadi sebuah syarikat elektronik yang terbaik, namun kini ia sedang sedikit demi sedikit merudum kerana telefon pintar dan perisiannya telah “menelan” semua produk dalam inventorinya. Telefon pintar Sony terkini merupakan peranti yang sangat hebat, tetapi tidak berjaya menarik pembeli sepertimana telefon pintar Samsung.
Syarikat itu juga telah membuat kesilapan besar dengan menyertakan perisian dan perkhidmatan tidak berguna dalam produknya. Kesilapan itu sedang diperbaikinya dan kini telefon pintar Sony melarikan versi Android asas. Sony juga telah menghentikan perkhidmatan penstriman muziknya dan menggantikannya dengan Spotify. Tetapi ia sedikit terlambat kerana kebanyakan pelanggan berpotensinya telahpun membeli peranti Samsung.
Menurut The Verge, Sony telah kerugian 1.578 billion daripada divisyen peranti mudahalih dan telefon pintarnya pada suku kedua tahun lepas.

Sumber: Techkini
Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :