Perbezaan Kos Bayaran dan Kepantasan Internet antara Negara lain dan Malaysia


KUALA LUMPUR: Malaysia mensasarkan menjadi sebuah negara maju dalam masa lima tahun lagi. Dan biarpun rakyat negara ini semakin celik IT, hakikatnya kadar kelajuan jalur lebar di negara ini masih rendah. Ini diburukkan lagi dengan kos langganan jalur lebar yang dilihat tinggi berbanding negara-negara serantau.

Jika dilihat pada kajian-kajian yang dijalankan sebelum ini, negara-negara seperti Singapura dan Thailand lebih ke hadapan dari segi kos dan kepantasan jalur lebar. Singapura dan Thailand, masing-masing secara purata memiliki kepantasan jalur lebar 61 megabits per saat (Mbps) dan 17.7Mbps. Ini diikuti Vietnam (13.1Mbps) dan Kemboja (5.7Mbps). Malaysia pula, mempunyai kepantasan 5.5Mbps.

Kadar purata kepantasan Internet di negara-negara Asia Tenggara ialah 12.4Mbps, dan ini meletakkan negara kita di bawah kadar purata.

Kos jalur lebar 10Mbps di Malaysia dianggarkan RM199 (TM, September 2014). Di Singapura, kos jalur lebar 15Mbps ialah RM95.15 manakala di Thailand, kos jalur lebar 12Mbps ialah RM79.30.

Agak menarik juga untuk melihat bagaimana perkembangan jalur lebar di Korea Selatan yang diiktiraf negara dengan kelajuan Internet terpantas.

Korea Selatan tahun lalu, memperkenalkan jalur lebar dengan kelajuan 10Gbps, yang berupaya memuat turun fail dengan saiz 1GB dalam masa 0.8 saat.

Secara purata, kos jalur lebar 100Mbps di Korea Selatan ialah US$27 (RM98.88).

Amerika Syarikat pula, biarpun memegang status negara maju, turut berdepan situasi yang sama dengan Malaysia. Untuk jalur lebar dengan kelajuan 45Mbps, pengguna di sana perlu membayar kira-kira US$90 (RM330).

Semalam, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, mengumumkan penuurunan kadar kos jalur lebar dalam masa dua bulan lagi.

Kadar terbaharu itu menyaksikan penurunan di antara 10 peratus dan 57 peratus dari kadar sedia ada.

Tarif asas berharga RM25 untuk 1GB akan ditawarkan oleh semua pembekal perkhidmatan.

Sumber: Astro Awani
Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :