Cerita OS- Linux vs Windows

Salam semua. Entri kali ini aku ingin bercerita mengenai  OS (operating system) linux  dan  juga Windows. Linux merupakan  sebuah OS yang percuma dengan Ubuntu merupakan variasinya yang paling popular. Windows pula merupakan sebuah OS berbayar  dengan windows 7 adalah versi terkini.

Kedua-dua OS ini sering di dibandingkan didalam mencari yang terbaik.Disini aku senaraikan sedikit kelebihan masing2.

Linux-Ubuntu

Pengguna ubuntu suka jadikan dekstop mereka seakan mac

1.       Masa startup dan shutdown pantas.
2.       Percuma
3.      Bebas virus windows
4.      Efek desktop lebih cantik berbanding windows.

Windows-Windows 7

Paling mudah nak install :)

1.       Semua software komersial seperti autocad,photoshop,Solidwork wujud untuk windows.Sesetengahnya boleh dipasang di linux tetapi kadang-kala bermasalah .
2.     Banyak games hebat dan menarik untuk windows.
3.      Software didalam windows lebih mudah diguna.
4.      Konfigurasi windows lebih mudah berbanding linux.

Cukup setakat itu sahaja.kita bukan mencari pemenang atau siapa no-1. Aku suka melihat gelagat mereka yang fanatik linux dengan berkata mereka kebal virus tetapi bila main games cari windows jugak. Begitu juga pengguna windows, berbangga dengan banyak game menarik tetapi bila kena virus mengamuk tak ingat dunia.

Kita adalah pengguna.Mengapa tidak memakai kedua-duanya sekali.Aku pun dual boot linux dengan windows.Kedua-duanya ada kelebihan dan kelemahan masing2.Saling melengkapi. Aku nak promote kepada anda untuk mencuba linux Ubuntu dan rasailah perbezaanya.

Suatu hari nanti linux pasti mengatasi windows. Pengguna semakin bijak dalam ilmu perkomputeran.Adakah akan wujud penamat windows?.Sekarang pun mereka yang memakai windows original adalah dari yang baru membeli laptop sahaja.Bila rosak akibat virus,guna yang cetak rompak jugak. Belajar memasang windows juga mudah dan OS windows berlambak untuk di muat turun.

Kesimpulannya jadilah pengguna yang bijak dan tidak poyo.

Artikel ini ditulis untuk:

1.Mereka yang ingin tahu mengenai linux dan Ubuntu.Google untuk ilmu yang lebih.
2.Merasmikan versi terkini ubuntu 10.10
3.Pengguna baru linux yang poyo.
4.Pengguna windows yang asyik kena virus dan tak nak belajar alternative lain. ;)
5. Warga RC

Sekian.

p/s-haha.poyo me.
Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

12 comments :

キング Naim said...

bagi aku la...
kita org malaysia mmg da di-feed-kan utk gune windows..since kite mmg amek windows sejak dari windows 2 mule introduce lagi..fakta2 yg admin kemukakan memang betul..linux susah dicemari virus dan windows lbih bnyk apps yg leh digunekan..but since kite mmg da biasa ngan windows (i.e ; bnyk syarikat di malaysia gune windows, even UiTM sndri gune windows) and windows pon lebih user friendly and mmg kte pon da friendly ngan windows..

p/s : sori klo ade typo error..mls nk adjuz..

Anonymous said...

yup..betol tu.Dulu2 pun linux mmg x friendly langsung.X seswai utk pembelajaran.Mudah dgn windows.Apapun zaman dah berubah..bagi aku linux sekarang patut sekurang2nya jadi pilihan untuk personal user cam student.jadi pendamping windows. Nak jadikan platform pembelajaran linux tak bpe seswai sebab kita ada yang belajar guna software komersial yang dibuat pada flatform windows.Aku guna kedua-duanya.

Anonymous said...

ahhh...ni semua dunia...keje2 barat memperdayakan manusia...

fan RC said...

sya harap...RC dpt mencipta OS bru yg lebih bercirikan islamic...sbg cntoh...bila masuk time azan jer...semua system comptr akan auto stuck...so kna smbhyg dlu bru...bole on comptr blik...^-^

hokage 4th said...

jap2...nak tnye...linux yg bru keluar ni...ade version netbook x???

ubuntu fan said...

klau nk ikutkan...windows ni ape lar sngt kan..saye pnguna linux ubuntu 10...saye merasekan..inilah keluaran terbaik pernah dirasai...os yg gempak!!

Unknown said...

@fan RC-cipta os tu pyhla..kita sini bukan expert progrmmg.maybe satu ari nti??. btw guna linux sabily tuk ciri2 islamik yang banyak.

@hokage 4th-ada bro.

@ubuntu fan-yup, yg versi terkini lagi gempak.

ishosh49@yahoo.com said...

sebenarnyer..linux ni project hobi linus torvalds kat u dulu2..mybe thun 1991 kot..lama2 kelamaan ia makin berkembang dan berkembang..mybe suatu hari nnti dapat memintas window lak..
antara kelebihan linux nie dia:
Kelebihan Linux

* Bebas, Lebih dari sekedar gratis karena lisensi Linux adalah GNU/GPL sehingga orang bebas mendistribusikan kembali, menulis ulang dan lain sebagainya selama masih mengikuti aturan-aturan dari lisensi GNU/GPL.
* Dokumentasi dan akses informasi yang lengkap dan mudah untuk didapatkan.
* Mengurangi ketergantungan pada vendor perangkat lunak tertentu.
* Kultur dan dukungan komunitas yang menyenangkan.
* Pengembangan yang sangat cepat karena source codenya dapat dikembangkan oleh siapa saja yang ingin berpartisipasi dalam proyek tersebut.
* Lebih murah karena Linux merupakan free-software.
* Lingkungan yang ideal buat penerapan Server, misalnya Web Server, FTP Server dan lain sebagainya.
* Memiliki fasilitas yang lengkap serta tangguh dalam masalah jaringa

Anonymous said...

kalo ramai peminat linux leh buat perjumpaan ni.haha

sweety uitm said...

bole x saye nk copy software ubuntu dari leptop abg penulis...

writersecretadmire said...

saye peminat blog ni...boleh x nnt kita jmpe penulis blog ni...nk bg hadiah lar...sbb saye suke sngt blog ni....

Khairuzzaman said...

Sekarang nie saya dual boot laptop sy antara Windows 7 dan Linux Ubuntu 14 (Trusty Thar). Masa nak install agak leceh jugak la. Tapi bila dah siap install, agak awesome jugak. Tapi seriously mmg leceh nak install Linux.