Ternyata bahawa kini anda boleh bermain permainan klasik ular di Youtube (dahulunya sangat popular dimain pada telefon bimbit) dengan memegang kekunci kiri dan anak panah atas semasa video dimainkan atau dihentikan sementara.
Setelah permainan bermula, anda boleh terus mengerakkan ular dengan anak panah pada papan kekunci anda untuk memakan titik yang menyebabkan ular itu membesar. Apabila anda berlanggar pada hujung atau apa2 bahagian dari tubuh ular tersebut maka akan berakhirnya permainan.
Tidak ada siapa yang tahu bila agaknya permainan ini ditambah, tetapi apa yang penting ianya berfungsi pada pemain video Youtube yang baru diperkenalkan pada bulan April lalu.
Cara Bermain Snake Di Youtube :
- Buka Youtube dan pilih pada mana2 video yang anda suka. Pastikan pemain video adalah pemain video Youtube yang terbaru seperti gambar diatas.
- Apabila permainan sedang berjalan, apa yang perlu anda lakukan ialah tekan anak panah kiri pada papan kekunci anda dan lepaskannya sebaik ular tersebut bergerak.
- Mainkan seperti biasa. Syaratnya jangan melanggar dinding atau mana2 bahagian pada badan ular tersebut jika tidak permainan akan berakhir.
0 comments :
Post a Comment