Mungkin masih ramai tidak mengetahui mengenai BlueStack yang kini semakin popular. BlueStack adalah satu aplikasi yang menjalankan sistem operasi Android pada Windows dan kini juga pada Mac. Tidak semua pengguna gemar bermain permainan pada telefon pintar mereka kerena ada yang mengangap bermain permainan pada komputer lebih seronok dan puas. Ada juga yang memiliki telefon pintar kelas permulaan yang mempunyai spesifikasi rendah dan tidak mampu untuk bermain permainan yang tinggi grafiknya.
Malah ada juga yang mengangap telefon pintar hanya untuk kegunaan peribadi seperti buat panggilan, Messaging, melayari internet, mendengar lagu dan menonton video sahaja. Kini dengan BlueStack anda boleh menggunakan sistem Android pada komputer malah boleh menggunakannya menggunakan papan kekunci dengan tetikus tanpa skrin sesentuh. BlueStack juga ada memperkenalkan GamePop bagi membolehkan anda menggunakan sistem operasi Android pada televisyen pintar pula.
BlueStacks hanyalah sebuah emulator dan bukannya telefon bimbit sebenar, dan secara default, beberapa apps asas seperti Contacts, Messaging dan seumpamanya tidak ada. Maka, apps yang memerlukan akses kepada senarai Contacts (contohnya, WhatsApp dan fungsi ‘Find Friends’ di dalam apps) mungkin tidak dapat berfungsi, TETAPI ini boleh diatasi.
NOTA UNTUK WHATSAPP: Ambil perhatian bahawa WhatsApp hanya membenarkan satu nombor telefon yang didaftarkan aktif pada satu-satu masa/device. Maka jika anda mengaktifkan WhatsApp di BlueStacks menggunakan nombor telefon yang sama anda gunakan di WhatsApp telefon bimbit, anda akan mendapati WhatsApp di telefon bimbit telah di disabled dan meminta anda ‘re-authenticate’. Penyelesaian kepada masalah ini, anda digalakkan menggunakan nombor telefon yang lain, seelok-eloknya nombor telefon yang tidak didaftarkan dengan WhatsApp.
Jika anda berasa sedikit ‘pelik’ apabila melihat interface Android dalam BlueStacks, ini kerana BlueStacks tidak menggunakan sebarang skins tetapi menggunakan original interface Android, berbanding Samsung yang menggunakan ‘TouchWhiz’ dan HTC dengan ‘Sense’ nya (sekadar menyebut beberapa jenama). Daripada interface yang diperlihatkan, versi Android yang digunakan mungkin bertaraf Gingerbread (2.3.x).
Anda di sarankan menggunakan aplikasi Launcher percuma yang terdapat di dalam App Store bagi mengubah antara muka menjadi seperti telefon pintar Android. Sebagai contoh Nova Launcher. Setelah memuat turun Launcher tersebut, anda perlu menjadi Launcher tersebut sebagai Default bagi membolehkan Launcher tersebut di gunakan sebagai antara muka yang utama berbanding dari menggunakan Gamepop - Home yang sedia terbina.
Sebagaimana juga telefon/tablet anda, apabila anda pertama kali menggunakan BlueStacks ini, adalah molek jika anda set-up akaun Google anda untuk memberikan anda akses kepada Google PlayStore. Setting-up boleh dibuat dengan menekan butang SETTINGS dan seterusnya pilih MANAGE ACCOUNT -> ADD ACCOUNT.
Permainan 2D kini boleh dimainkan pada 90-100% kelajuan asal.
Highway Rider sangat lancar dan laju. Boleh control pakai keyboard.
Bukan sahaja permainan sahaja boleh di gunakan, malah laman sosial pun boleh digunakan dengan baik dalam BlueStack ini. Whatapp, Wechat dan KakaoTalk yang memerlukan nombor telefon anda untuk daftar masuk pun boleh di gunakan cuma Contact perlulah Synchronice dengan akaun Gmail dahulu. Facebook dengan Twitter pun boleh di gunakan seperti di peranti Android.
Download: Bluestack
0 comments :
Post a Comment