Cara Hasilkan 'Password' untuk dokumen PDF dari Microsoft Word


Microsoft Word 2013 menambah fungsi terbaru untuk menghasilkan dan menyunting dokumen PDF Bagaimanapun, tidak ramai yang tahu berkenaan fungsi yang amat penting iaitu menghasilkan kata kunci atau password untuk fail PDF tersebut. Baca untuk info lanjut.
Kata kunci/Password untuk melindungi fail dari Word 2013
Buka dokumen dari Word 2013 dan klik FILE , kemudian klik Save As.
Pada sebelah kanan akan terpapar lokasi untuk menyimpan dokumen PDF yang bakal anda hasilkan.
Sekarang klik untuk lihat pilihan pada kotak Save as type dan pilih PDF.
Seterusnya butang pilihan 'Options' akan terpapar. Klik Option...
Apabila dialog box muncul, terdapat satu pilihan 'Encrypt the document with a password', klik pada kotak kecil pada sebelah kirinya.
Kemudian pilih password dan klik ok.
Langkah terakhir, teruskan untuk menyimpan fail PDF tersebut. Klik Save.
Selesai!
Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :