Cara kembalikan semula fail yang sudah tiada di Recycle Bin (Permanent delete)


Setiap unsur yang anda padam (delete) secara lalai (default) akan terkumpul dalam Recycle Bin. Dan setiap kali Recycle Bin di kosongkan kebanyakkan kita beranggapan komputer telah bebas dari sarap. Anda sebenarnya silap… Ini bukan zaman Windows/286 2.1 lagi yang terbatas dengan uji dan pendedahan. Sebenarnya data yang anda padam samada akibat di format atau melalui Recycle Bin sebenarnya masih wujud tersimpan di suatu sudut khas cakera keras (hard disk) yang di wartakan sebagai kawasan simpanan sisa data.

Maksudnya sarap anda masih boleh di kembalikan? YA.. Termasuk sekali gambar lama zaman rock kapak anda… Tapi macam mana ya? Hah... zaman sekarang berbagai perisian luar akal yang telah tercipta. Hanya tinggal kita sebagai pengguna bijak memilih dan bijak mengguna. Dari pengalaman budak yang kita ada, setelah mencuba berbagai jenis perisian, cuma Recover My Files yang terkotak dalam arkib sebagai perkakas yang boleh di belai. Lain padang lain lalangnya, lain orang lain sembangnya. Kiranya anda ada sesuatu yang hebat seumpamanya sama-samalah kongsikan di sini.





Pernahkan anda terdelete file-file penting dalam pendrive atau hard dics anda atau mungkin terformat hdd anda sebelum membuat bacup.

Jangan bimbang file anda masih boleh di selamatkan lagi..

Gunapakai Recover My Files tersangatlah mudah. Selagi anda celik ABC.. fahamlah dengan kaedahnya. Recover My Files menyokong banyak jenis fail termasuk email, dokumen, video, muzik dan imej. Ianya mampu menerobos dan mencari data bukan setakat ke atas cakera keras komputer sahaja tetapi juga usb, cd/dvd dan simpanan media kamera digital. Menariknya lagi ia sejodoh dengan semua jenis sistem termasuk FAT 12, FAT 16, FAT 32, NTFS, NTFS5, exFAT dan GPT . Tetapi untuk CDFS, Mac dan Linux masih dalam perancangan akan datang (Tuan Arya Putra… sabar nooohhh!).

Sayugia di ingatkan, selagi data anda terpadam secara lalai peluang ambil balik adalah 99%. Tetapi jika anda menggunakan penghapus data tahap tinggi seperti DoD5220 dan Gutmann... tengok nasib lah!

Muat-Turun Recover My Files

Sumber: ijoks2009

Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :