Cara Membeli Aplikasi Di Google Play Store


Untuk membeli aplikasi dari Google Play Store, apa yang diperlukan ialah sama ada kad kredit atau kad debit. Itu sahaja. Saya tidak pasti kalau-kalau ada antara kita yang Google Play Store-nya mempunyai pilihan untuk membayar melalui PayPal, namun kalau ada baguslah. Anda boleh terus 'setup' dan terus membeli.


Tetapan Kad Kredit/Debit



Caranya mudah sahaja. Buka Google Play Store pada peranti anda, jika belum log masuk akaun Google, log masuklah terlebih dahulu dan sahkan akaun anda itu. Setelah itu, pilih mana-mana aplikasi yang ingin anda beli, lalu klik pada butang 'Buy'. Setelah itu, anda akan diberi pilihan untuk memasukkan nombor kad kredit atau debit anda. Sila klik pada 'Add credit or debit card', lalu masukkan butiran kad kredit/debit anda. Butiran ini mudah sahaja, anda cuma perlu masukkan nombor yang tertera pada kad, dan juga tarikh luput kad serta nombor 3 digit yang berada di belakangnya (CVC).





Sesudah itu, jika tiada sebarang masalah dengan butiran kad, anda boleh terus tekan 'Buy', dan sejurus selepas itu aplikasi yang anda pilih untuk beli akan terus dimuat turun.








Selain dari cara ini, anda juga boleh memilih untuk membuat tetapan melalui laman Google Wallet. Pada laman tersebut, pilih Payment Methods - ADD A CREDIT OR DEBIT CARD, dan anda boleh masukkan butiran kad anda sepertimana cara di atas. Apabila siap sahaja tetapan ini, butiran kad anda secara automatik akan terus keluar pada pilihan menu di Google Play Store.


Selamat mencuba!




Sumber: omghackers
Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :