Perkhidmatan EziPoz dari Pos Malaysia membolehkan anda membeli barang dari Amerika Syarikat


Boleh dikatakan kebanyakkan peranti dan gajet ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat terlebih dahulu (dan mungkin secara eksklusif), dan menyukarkan pengguna tempatan membelinya. Sebagai contoh adalah peranti OnePlus yang tidak membuat penghantaran untuk alamat Malaysia, dan menyokong alamat Amerika Syarikat sahaja.
Terdapat beberapa penyedia yang menawarkan fungsi langganan alamat, namun mungkin ramai kurang yakin dengan mereka. Kini, pihak Pos Malaysia sendiri hadir dengan perkhidmatan tersendiri dinamakan sebagai EziPoz.
EziPoz membolehkan pengguna mendaftarkan diri dan akan menerima alamat untuk tujuan pengeposan di Amerika Syarikat. Sebaik sahaja menerima barangan tersebut di alamat yang diberikan di Amerika Syarikat, pihak Pos Malaysia akan memprosesnya, dan menghantar barangan tersebut ke alamat anda di Malaysia.
Menggunakan alamat tersebut, anda boleh membeli barangan daripada pelbagai penyedia dan syarikat e-dagang di Amerika Syarikat. Pos Malaysia menyasarkan pengguna di Malaysia boleh menerima barangan dalam tempoh antara 10 ke 15 hari (untuk perkhidmatan biasa) selepas mereka menerima barangannya. Caj yang dikenakan adalah hampir RM80 untuk barangan seberat 500g. Selain perkhidmatan biasa, perkhidmatan ekspress turut disediakan yang mana membolehkan pengguna menerima bungkusan lebih pantas, tetapi dengan caj tambahan.
Pihak Pos Malaysia juga turut menawarkan beberapa perkhidmatan tambahan melalui EziPoz ini, termasuk perkhidmatan untuk membungkus kembali barangan sebelum dihantar ke Malaysia, kebolehan memantau barangan sehingga mereka tiba di Malaysia, dan mengatakan ia lebih menjimatkan daripada perkhidmatan lain.
EziPoz ditawarkan oleh Pos Malaysia hasil kerjasama dengan SingPost. Bagi anda yang bercadang untuk melakukan pembelian yang membuat penghantaran hanya ke Amerika syarikat sahaja, mungkin boleh menyemak harga penawaran EziPoz ini, dan menggunakannya dalam membeli barangan dan menerimanya di Malaysia pada kadar lebih rendah.
Layari : EziPoz

Sumber: Amanz
Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :