Cara Membuat 'Ad hoc' pada Windows 8 / 8.1


Windows 8.1 mengakibatkan masalah besar bagi para pemain 'gamer' yang menggunakan WLAN untuk multiplayer mode. Seperti yang anda sedar bahawa banyak ciri-ciri lama Windows 7 dikeluarkan dari Windows 8.1 dan antaranya adalah rangkaian ad hoc. Saya sendiri tidak dapat bermain permainan seperti Counter Strike dan Need for Speed: Most Wanted dengan rakan-rakan saya kerana Windows 8.1 tidak dapat mengesan rangkaian ad hoc.
Anda tidak boleh membuat apatah lagi menyambung kepada rangkaian ad hoc semasa bertukar ke Windows 8.1. Memang suatu yang mengecewakan ramai pengguna bila tiada fungsi seperti ini. Untuk makluman, sambungan rangkaian ad hoc di Windows 7 diletakkan dibawah pilihan 'Network and Sharing Windows'.
Cara membuat ad hoc di Windows 8 / 8.1
  • Muat turun aplikasi bersaiz 40kB disini.  
  • Buka aplikasi ini dan tekan atau pilih ‘2’ – Create Your Own WIFI Hotspot
Create Hotspot Adhoc Windows 8.1 1
  • Sekarang pilih ‘1’ – Create a Hotspot
Create Hotspot Adhoc Network Windows 8.1 2
  • Masukkan SSID atau nama hotspot– Contoh ‘GeekLTD’ 
Enter SSID or Network Name Adhoc Network Windows 8.1
  • Masukkan Password anda sendiri – ‘1234567890’ atau apa-apa sahaja.
Password Adhoc Network Windows 8.1
  • Hotspot anda telah berjaya dihasilkan. Anda telah menghasilkan ad hoc pada komputer anda di Windows 8 / 8.1.
Hotspot Adhoc Network Created Windows 8.1Hosted Network Windows 8.1
  • Untuk putuskan rangkaian ad hoc anda hasilkan tadi, pilih ‘2’ - Disconnect Hotspot
Disconnect Hotspot Adhoc Network Windows 8.1Stop Hosted Network Windows 8.1
Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :