Menonton movie 'Star Wars' dalam CMD Windows 7


Anda mahu menyaksikan filem terkenal Star Wars dalam bentuk yang kod-kod komputer?

Filem ini dibentuk menggunakan ASCII atau nama lainnya American Standard Code for Information Interchange tetapi digarap dalam Windows menggunakan program telnet. Perkara yang penting sekarang ini, anda hanya perlukan sambungan internet; kelajuan internet tidak diperlukan. 

Lihat snapshot dibawah ini sebagai intro kepada pembaca:
                     A Picture showing Star Wars in command prompt


Terdapat satu kotak hitam yang dipanggil command prompt window sepertimana gambar diatas yang akan menayangkan movie Star Wars. Sesuatu yang unik dan mengagumkan setelah anda melihatnya.


Untuk menonton dalam Windows XP

  1. Pergi ke 'Start', 'Run'.
  2. Sekarang taip "telnet towel.blinkenlights.nl" tanpa simbol quotes (" ") dan tekan 'Enter'.
Jika anda pengguna Windows 7 atau Windows Vista

Sebenarnya telnet ini dinyahfungsikan dalam versi terbaru Windows ini. Jadi jika mahu mengaktifkannya, pertama sekali anda perlu menghidupkan fungsi telnet itu dengan pergi ke :-

Control Panel › Programs › Turn Windows Feature On or Off

Kemudian anda perlu perlu klik pada kotak kecil yang tertera perkataan telnet (lihat contoh di bawah). Selepas itu, ikut langkah seterusnya yang diberikan dibawah ini:-

  1. Tekan 'Start' (logo window terletak di taskbar, sebelah kiri), kemudian pergi 'Search'.
  2. Taip telnet, tekan 'Enter'.
  3. Akan keluar command prompt window. Kemudian tekan "o" tanpa simbol quotes (" ") dan tekan 'Enter'.
  4. Sekarang taip "towel.blinkenlights.nl" tanpa simbol quotes (" ") dan tekan 'Enter'.

Tutup telnet yang anda hidupkan itu dengan membuang klik pada kotak klik telnet.


Share on Google Plus

About Unknown

Rakan Siber (R.C.) ditubuhkan untuk berkongsi impian dan minat yang sama terhadap teknologi semasa seperti komputer dan gadget. Kami berkongsi tip-tip untuk menolong menyelesaikan masalah disamping berita baharu dalam kalangan ahli komuniti ini.
    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments :